Wednesday, April 22, 2026
HomeBERITABRICS Akses Pasaran dan Pelaburan Global Baharu

BRICS Akses Pasaran dan Pelaburan Global Baharu

Kuala Lumpur: Pembabitan aktif negara dalam sidang Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS 2025 di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru dapat memperkukuh hubungan dua hala antara negara anggota BRICS. 

Pakar Kewangan Islam dan Fintech, Muhamad Fahmi Mustafa berkata, pembabitan negara diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka pintu kepada peluang kerjasama baharu memberi pulangan besar kepada ekonomi negara dalam jangka panjang.

Katanya, pembabitan itu dilihat sebagai langkah berani dan strategik meletakkan negara pada landasan kukuh dalam kerangka ekonomi global yang kian mencabar.

“Penyertaan Malaysia dalam forum antarabangsa seperti BRICS adalah tepat pada masanya, memandangkan dunia sedang mengalami peralihan kuasa ekonomi dari Barat ke Timur dan Selatan.

“Negara-negara BRICS seperti China, India, Brazil dan Afrika Selatan antara negara dengan pasaran ekonomi berkembang pesat. 

“Komitmen Malaysia dalam menjalin hubungan dengan blok ini, membuka ruang baharu untuk perdagangan, pelaburan serta pemindahan teknologi,” jelasnya.

Lawatan dilakukan membuka ruang ekonomi positif- Muhamad Fahmi

Tingkat imej 

Jelasnya, lawatan Perdana Menteri juga membolehkan negara  memperkukuh kedudukannya sebagai hab serantau bagi pelabur asing ingin menembusi pasaran ASEAN.

“ Malaysia perlu dipandang sebagai negara pemudah cara kepada pelabur luar mahu berlabuh di rantau ini. 

“Penyertaan sedemikian dapat mengangkat lagi kredibiliti negara menerajui peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025,” ujarnya lanjut. 

Kurang pendedahan 

Mengulas dakwaan sesetengah pihak yang memperkecilkan lawatan tersebut sebagai tidak memberi hasil ketara, pakar itu berpendapat kurangnya pemahaman terhadap diplomasi ekonomi. 

“Lawatan Perdana Menteri ke Brazil memberi isyarat positif kepada pasaran kewangan dan pelabur antarabangsa bahawa negara serius dalam meneroka peluang luar dan bersedia memimpin dialog global.

“Pelabur melihat kepada kestabilan, hala tuju dasar dan keberanian kepemimpinan sesebuah negara. 

“Lawatan ini menghantar mesej bahawa Malaysia sedang bergerak ke hadapan dan tidak menunggu dunia datang kepada kita,” katanya.

Komitmen negara

Sidang Kemuncak BRICS 2025 turut memperlihatkan negara membawa suara membangun dan rantau Asia Tenggara dalam isu-isu penting seperti ketidakseimbangan perdagangan global, akses kepada teknologi hijau, serta keperluan reformasi institusi kewangan antarabangsa.

Lawatan itu sekali gus memperkukuh imej negara membawa pendekatan inklusif, seiring dengan prinsip Malaysia MADANI yang mendasari pentadbiran semasa.

Kejayaan lawatan ini turut mengukuhkan kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim komited membawa negara ke arah masa depan lebih progresif dan inklusif. 

Tindakan berani menyertai dialog global ini membuktikan keupayaan negara dalam memainkan peranan penting pada peringkat antarabangsa.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Adil Kerana Saya, Impian Bella Terpaksa Dikorbankan’ – Syed Saddiq

0
PETALING JAYA – Memberi sokongan penuh terhadap kerjaya seni bakal isteri, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq menafikan dakwaan meminta tunangnya, Bella Astillah berhenti menyanyi...

CATEGORIES