Sunday, September 13, 2026
HomeBERITABrek Gagal Berfungsi Punca Lori Tangki Terbabas Di Lebuh Raya Karak

Brek Gagal Berfungsi Punca Lori Tangki Terbabas Di Lebuh Raya Karak

GOMBAK – Masalah brek dipercayai punca sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbabas di Kilometer 28, Lebuh Raya Karak, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.42 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

“Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun sedang memandu lori tangki seorang diri dari Kelantan menuju ke Pelabuhan Klang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sistem brek lori tangki tersebut dipercayai gagal berfungsi menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Noor Ariffin memaklumkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Pavinar Krishnamurthy di talian 017-4424699 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kereta Elektrik Menanti Atlet Karate Jika Tuai Emas Di Sukan Asia

0
GANJARAN lumayan berupa kenderaan elektrik (EV) bernilai lebih RM60,000 bakal menanti atlet karate negara sekiranya mereka berjaya menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan Asia...

CATEGORIES