Bekas Presiden MTUC Meninggal Dunia Pagi Tadi

0
167

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Tan Sri Zainal Rampak, telah meninggal dunia pagi ini.

Menurut Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, kematian Allahyarham Zainal merupakan kehilangan besar kerana beliau adalah pemimpin terkemuka dalam kesatuan sekerja negara ini.

Beliau menyatakan bahawa Allahyarham Zainal meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia kesatuan sekerja di Malaysia dan di rantau ini.

Zainal Rampak mengabdikan diri sebagai Presiden MTUC dari tahun 1986 hingga 2004, dengan penuh dedikasi dan semangat untuk memperjuangkan hak serta kepentingan pekerja.

“Di peringkat antarabangsa, beliau juga dihormati atas sumbangannya sebagai ahli lembaga pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari tahun 2000 hingga 2004,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here