Saturday, April 11, 2026
HomeBERITABas Persiaran ‘Rentung’ di Lebuh Raya MEX

Bas Persiaran ‘Rentung’ di Lebuh Raya MEX

SERI KEMBANGAN – Sebuah bas persiaran musnah terbakar dalam kejadian di Kilometer 20.2 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) menghala Kuala Lumpur sebelum Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kira-kira pukul 8.14 pagi.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah bas pesiaran dengan anggaran kemusnahan 90 peratus.

“Namun, kebakaran tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dilaporkan berkata, kejadian itu menyebabkan lorong kiri terhalang dan trafik menjadi perlahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terima Kasih Daddy, Awak Sentiasa Di Sisi – Watie

0
PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah bersyukur dikurniakan pasangan hidup yang banyak membantunya sepanjang tempoh menjaga anak mereka, Akira...

CATEGORIES