Saturday, May 2, 2026
HomeBERITAAnwar Di Tangga Ke-10 Muslim Paling Berpengaruh Dunia

Anwar Di Tangga Ke-10 Muslim Paling Berpengaruh Dunia

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila menduduki tangga ke-10 dalam senarai 500 muslim paling berpengaruh dunia edisi 2026, yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC), Jordan.

Pengiktirafan ini merupakan peningkatan ketara berbanding kedudukan beliau pada tahun-tahun sebelumnya, sekali gus menandakan pengaruh Anwar di pentas antarabangsa semakin kukuh.

Selain dikenali sebagai tokoh politik Malaysia, Anwar dihormati kerana komitmennya terhadap keadilan sosial, hak asasi manusia dan usaha mempromosikan keamanan serantau. Beliau juga aktif menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin dan menjadi pendamai dalam beberapa konflik di Asia Tenggara.

Terdahulu, Anwar menduduki tangga ke-15 dalam senarai 500 muslim paling berpengaruh dunia edisi 2025, dan sebelum itu di tangga ke-17 pada tahun 2024.

Kedudukannya meningkat kepada nombor 10 dalam edisi 2026, menandakan pengaruhnya yang semakin kukuh di peringkat global.

Senarai muslim paling berpengaruh dunia tersebut turut menampilkan beberapa tokoh tersohor daripada pelbagai negara seperti Emir Qatar, Raja Jordan, Presiden Turki dan Raja Arab Saudi.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES