Agong Berkenan Bersantap Di Restoran Nasi Lemak Wanjo Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan

0
200
Foto: Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Nasi Lemak Wanjo hari ini, nyata mengejutkan dan membawa keterujaan kepada pengunjung yang ada di restoran yang terletak di Kampung Baru berkenaan.

Menerusi catatan di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke kedai makan yang popular di Kampung Baru itu, untuk santapan sarapan pagi.

“Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan rakyat jelata,” menurut hantaran tersebut.

Rakyat Malaysia menyambut cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here