Monday, June 1, 2026
HomeBERITAAgong Berkenan Berangkat ke LIMA'25

Agong Berkenan Berangkat ke LIMA’25

LANGKAWI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’ 25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini.

Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 10.15 pagi disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Turut berangkat anakanda Seri Paduka Baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zaharim, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Sultan Ibrahim melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’ 25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini. - foto BERNAMA
Sultan Ibrahim melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’ 25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini. – foto BERNAMA

 

Dalam lawatan itu, Sultan Ibrahim berkenan melawat Sapura Secured Technologies (SST), rerurai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malatsia (TLDM) dan Kementerian Pertahanan Turkiye sebelum berangkat pulang kira-kira 11 pagi.

LIMA’25 adalah anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) yang memberi penekanan pada inovasi serta peningkatan daya saing dalam kalangan pemain industri sejajar perkembangan teknologi semasa.

Bertemakan ‘Inovasi Hari Ini Pencapaian Masa Hadapan’, LIMA’25 berlangsung di Langkawi, Kedah dan adalah pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.

Sumber – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES