Sunday, October 4, 2026
HomeBERITAADUN Senai Dakwa Polis Buat Silap Tahan Suspek Sunting Gambar Lucah

ADUN Senai Dakwa Polis Buat Silap Tahan Suspek Sunting Gambar Lucah

KULAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Bor Yang mendakwa polis telah melakukan kesilapan dengan menahan suspek terlibat kes sunting gambar lucah di sebuah sekolah swasta di sini melebihi tempoh reman.

Bor Yang berkata, tempoh reman suspek sepatutnya tamat pada pukul 4 petang Isnin lalu, yang mana suspek sama ada perlu didakwa di mahkamah atau dilepaskan.

“Namun pihak polis gagal berbuat demikian, mungkin ada kesilapan di pihak polis. Sehubungan itu, peguam akan menggunakan saluran undang-undang untuk meminta penjelasan.

“Tindakan menahan suspek melebihi tempoh reman sebelum pendakwaan dibuat hari ini menyebabkan ahli keluarga tidak mempunyai banyak masa untuk bertemu dan berbincang samada mahu mengaku salah atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Kulai, di sini hari ini. Turut hadir bapa kepada tertuduh.

Tambah Bor Yang, kehadirannya ke mahkamah hari ini adalah atas permintaan ahli keluarga tertuduh untuk membantu anak mereka yang terlibat dalam kejadian ini.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar memaklumkan pihaknya telah menahan suspek berusia 16 tahun pada 8 April lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Remaja terbabit dipercayai telah menyunting gambar lucah menggunakan wajah mangsa dan mengedarkannya di media sosial untuk dijual kepada orang awam dengan harga RM2.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Pasukan Konten DSV Sekadar Bergurau, Kami Belum Bertunang’ – Fazley

0
PETALING JAYA – Heboh didakwa sudah ada ikatan rasmi, bahkan dituduh sebilangan netizen sudah berkahwin senyap-senyap, penyanyi juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan...

CATEGORIES