Sunday, May 31, 2026
HomeBERITA"Ada Orang Suruh Tembak" - Remaja Usia 14 Tahun Suspek Utama Insiden...

“Ada Orang Suruh Tembak” – Remaja Usia 14 Tahun Suspek Utama Insiden Siam Paragon

Bangkok: Remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan semalam, susulan kejadian tembakan di pusat beli-belah di bandar ini, yang menyebabkan dua orang maut dan lima cedera

Insiden menyebabkan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu berlari keluar ke jalan raya.

Saksi memberitahu AFP kejadian menyebabkan huru-hara ketika tembakan kedengaran di pusat beli-belah mewah Siam Paragon di tengah-tengah ibu kota Thailand, kira-kira 4. 30 petang.

Tembakan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum ulang tahun pertama pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah Thailand apabila seorang bekas anggota polis bersenjatakan pistol dan pisau menyerang sebuah taska di utara negara itu, membunuh 24 kanak-kanak dan 12 orang dewasa.

Ketua Polis Negara Torsak Sukwimol memberitahu pemberita, dua wanita yang masing-masing warga China dan Myanmar terbunuh dalam tembakan pusat beli-belah itu, dan lima lagi cedera.

Beliau berkata, suspek berusia 14 tahun itu dalam tahanan, tetapi terlalu keliru untuk menjalani soal siasat.

“Dia adalah pesakit mental di Hospital Rajavithi dan belum mengambil ubatnya.

“Suspek beritahu macam ada orang suruh dia ‘pergi tembak orang’. Itulah yang kami dapat hasil soal siasat awal dengannya,” kata Torsak.

Rakaman video menunjukkan seorang remaja lelaki berambut panjang memakai baju hitam, cermin mata dan topi dengan motif bendera Amerika Syarikat (AS), ditahan polis.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kecemasan Erawan, Yuthana Srettanan memberitahu pemberita bahawa semua mangsa yang ditembak, kecuali seorang, adalah wanita.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin melawat tempat kejadian dan bertemu dengan mangsa yang cedera di hospital.

Menerusi platform X, Srettha memuat naik ciapan memaklumkan beliau sudah bercakap dengan duta China dan mengucapkan takziah.

“Mulai sekarang, kerajaan Thailand akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi untuk keselamatan semua pelancong,” ciap Srettha.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES