Monday, July 14, 2025
HomeBERITA80 Peratus Rakyat Malaysia Telah Divaksin, Tidak Perlu Bimbang Kes Covid-19

80 Peratus Rakyat Malaysia Telah Divaksin, Tidak Perlu Bimbang Kes Covid-19

SHAH ALAM – Orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 kerana Malaysia telah mencapai imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus rakyat negara ini telah mengambil vaksin Covid-19.

Berdasarkan laporan Kosmo, bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, rakyat Malaysia yang dijangkiti Covid-19 perlu melakukan kuarantin kendiri di rumah selama lima hari dan tidak ke tempat awam.

“Virus Covid-19 kini berada di sekeliling kita. Jadi, perlu terima hakikat bahawa Covid-19 ada di sekeliling kita,” katanya pada Siri Cakna Polisi Kronologi Satu Tahun Pertama Covid-19: Pengurusan Komunikasi dan Polisi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Menurut Kosmo, Noor Hisham bagaimanapun mengakui, mengendalikan kes Covid-19 selama lebih setahun merupakan cabaran paling besar pernah beliau tempuhi sepanjang 35 tahun berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meminta semua negara membuat pengumuman sekiranya ada penduduk dijangkiti virus berkenaan pada awal kemunculannya.

“Menerusi genetic sequence (urutan genetik) yang diberikan pihak China, kita telah mengumpulkan 23 buah makmal milik kerajaan, universiti dan swasta melakukan kajian bagi mengesan virus tersebut.

“KKM juga telah melakukan beberapa persiapan awal seperti memperkemas sistem kesihatan awam supaya negara bersedia dijangkiti Covid-19 dan menutup pintu sempadan negara,” ujarnya

Beliau namun memaklumkan virus tersebut meledak pada Mac 2020 apabila beberapa peserta sebuah perhimpunan di Sri Petaling telah dijangkiti virus tersebut.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Cucunda Penyambung Zuriat, Insya-Allah Bertemu di Syurga’

0
PETALING JAYA – Sempena bulan kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan kerinduan serta kasih sayang yang tidak pernah...

CATEGORIES