Monday, July 27, 2026
HomeBERITA55 kanak-kanak penghuni rumah amal GISBH diselamatkan di Perak

55 kanak-kanak penghuni rumah amal GISBH diselamatkan di Perak

LENGGONG – Seramai 55 kanak-kanak penghuni rumah amal kendalian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Perak telah diselamatkan setakat semalam dan mereka kini di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, yang tidak menafikan kewujudan aktiviti kumpulan itu di negeri ini.

Beliau juga telah meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk menyediakan laporan tentang kumpulan tersebut yang kini menjadi perhatian rakyat Malaysia.

“Tidak dapat dinafikan memang ada. Saya sudah minta JAIPk, ustaz Harith Fadzilah (Pengarah JAIPk) untuk mengumpul maklumat serta data, dan membuat laporan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Rimba Raid Lenggong 2024 di Kampung Beng, di sini hari ini.

Siasatan terhadap GISBH sedang dibuat secara menyeluruh oleh pelbagai agensi penguatkuasan susulan beberapa pendedahan yang menggemparkan masyarakat terutama melibatkan kehidupan penghuni rumah kebajikan.

Ditanya tahap keseriusan gelombang GISBH di Perak, menteri besar itu yang turut memegang portfolio Agama Islam negeri berkata, pihaknya perlu menunggu hasil laporan yang dibuat oleh JAIPk.

Saarani juga berkata beliau juga akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas laporan mengenai GISBH di Perak diterima daripada JAIPk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES