Tuesday, August 18, 2026
HomeBERITA26 Maut Dalam Tembakan Ke Arah Pelancong Di Kashmir

26 Maut Dalam Tembakan Ke Arah Pelancong Di Kashmir

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh apabila kumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pelancong di Kashmir yang ditadbir India, dalam serangan paling dahsyat di wilayah yang dilanda pemberontakan terhadap orang awam sejak 2000.

Perdana Menteri Narendra Modi mengecam perbuatan itu ketika percutian musim panas di Pahalgam serta berjanji bahawa penyerang akan dibawa ke muka pengadilan.

Seorang pemandu pelancong di Pahalgam memberitahu AFP bahawa dia tiba di tempat kejadian selepas mendengar tembakan dan membawa beberapa mangsa cedera menaiki kuda.

Katanya, dia melihat sejumlah lelaki terbaring mati di atas tanah, manakala seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, penyerang tidak menyerang wanita.

Pahalgam terletak 90 kilometer melalui jalan darat dari bandar utama, Srinagar.

Satu sumber keselamatan berkata, pelancong asing adalah antara mereka yang ditembak tetapi tiada pengesahan rasmi.

Sumber keselamatan lain dan beberapa media India melaporkan lewat semalam bahawa 26 orang meninggal dunia, peningkatan daripada 24 orang yang sebelum ini diberitahu oleh pegawai kanan polis tempatan kepada AFP.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu tetapi pemberontak di wilayah majoriti penduduk Islam tersebut telah melancarkan pemberontakan sejak 1989.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar...

0
SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berkongsi petua untuk mengetahui sama ada sesebuah lagu mempunyai kualiti untuk menjadi ‘hit’ atau sebaliknya, adalah dengan...

CATEGORIES