Tuesday, November 17, 2026
HomeBERITA2 Hilang Nyawa Ambil Dadah ‘Labubu’ Di Pesta Songkran

2 Hilang Nyawa Ambil Dadah ‘Labubu’ Di Pesta Songkran

BANGKOK – Pusat Racun Ramathibodi mengeluarkan amaran pengambilan dadah berbahaya dalam bentuk anak patung, Labubu semasa pesta Songkran di Bangkok, baru-baru ini, lapor portal berita The Nation.

Pil dadah itu memiliki bentuk Labubu iaitu watak dicipta oleh pereka Hong Kong bernama Kasing Lung.

Menerusi siaran di laman Facebook, Pusat Racun Ramathibodi melaporkan, seramai tiga individu yang menghadiri pesta Songkran didapati menggunakan dadah itu.

Mereka mengalami reaksi teruk termasuk tidak sedarkan diri, kejang otot, kegagalan pernafasan dan serangan jantung.

Dua disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi masih berada di unit rawatan rapi (ICU).

Penemuan awal mendapati dadah itu mengandungi kombinasi pil perangsang dan depresan yang mengancam nyawa manusia.

“Bagaimanapun, analisis makmal masih dijalankan untuk mengenal pasti ramuan sebenar dadah ini,” tambahnya.

Pihak berkuasa Thailand akan bekerjasama dengan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) dan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MDKD 2026 Edisi Lembah Klang Perkasa Komuniti Sentul Dengan AI Dan...

0
Kuala Lumpur, 14 November 2026 – Kementerian Digital terus memperkukuh agenda pembudayaan digital di peringkat akar umbi menerusi penganjuran Program Minggu Digital Kementerian Digital...

CATEGORIES