Sunday, April 26, 2026
HomeLUAR NEGARATaknak Pekerja Ponteng Kerja, Majikan Sanggup Ambil Di Rumah

Taknak Pekerja Ponteng Kerja, Majikan Sanggup Ambil Di Rumah

PORTLAND: Seorang majikan di Portland, Oregon tular di media sosial selepas salah seorang pekerjanya memuat naik video menunjukkan usaha dilakukan lelaki itu untuk memastikan semua kakitangannya tidak ‘ponteng kerja’ semasa ribut salji melanda.

Menerusi laman TikTok, Amirraa Ruffin mendakwa majikannya itu sanggup datang ke setiap rumah dan menghantar semua kakitangan ke tempat kerja supaya tiada yang memberi alasan tidak dapat hadir kerana masalah cuaca.

“Dan saya berharap dia akan membiarkan kedai ini ditutup untuk sehari,” kata Ruffin pada kapsyen video yang kini sudah mengumpul lebih empat juta tontonan.

Dalam klip itu, Ruffin merakam dirinya bersama rakan sekerja berdiri di tempat letak kereta tempat kerja mereka yang bersalji dengan teks pada skrin tertera , ‘Apabila semua orang enggan hadir tetapi bos anda sanggup memandu dan menjemput anda di rumah masing-masing’.

Di ruangan komen, wanita itu turut mendedahkan majikannya juga membawa pekerjanya pulang ke rumah selepas tamat bekerja pada hari itu.

“Tidak juga merasa kecewa. Saya hanya menghormati kegigihannya,” tulisnya.

Video berkenaan segera dibanjiri ratusan komen daripada warga net selepas dimuat naik Ahad lalu.

“Saya pernah berdepan situasi serupa sekali dan kami semua terperangkap selepas mengalami kemalangan akibat jalan yang berais.

“Bagi saya bukan masalah kekurangan pengangkutan, tetapi saya tidak akan mempertaruhkan nyawa saya dengan melakukan perjalanan dalam keadaan berbahaya sebegini demi gaji,” kata seorang warga net.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Meta Buang 8,000 Pekerja Bulan Depan

0
WASHINGTON  – Meta merancang mengurangkan kira-kira 10 peratus kakitangannya pada bulan depan selepas syarikat tersebut meningkatkan perbelanjaan pada projek kecerdasan buatan (AI), lapor Perbadanan...

CATEGORIES