Sunday, April 26, 2026
HomeLUAR NEGARATanah Kubur Dijual Atas Talian Dengan Harga Mencecah RM390

Tanah Kubur Dijual Atas Talian Dengan Harga Mencecah RM390

JAKARTA – Satu hantaran tular di media sosial memaparkan iklan jualan tanah kubur di sebuah laman e-dagang terkemuka di Indonesia, lapor laman berita Kilat hari ini.

Dalam hantaran yang dikongsikan di laman Facebook itu, seorang pengguna media sosial berkata,  terdapat segelintir penjual menjual tanah kubur secara online.

“Sudah ramai yang membeli,” kata netizen tersebut dalam hantarannya.

Hantaran sama memaparkan beberapa gambar tangkap layar iklan pelbagai jenis tanah kubur dengan rata-rata seberat 1 kilogram dan dijual pada harga 50,000 rupiah (RM15).

“Tanah kubur si mati meninggal pada hari Jumaat Kliwon,” kata salah satu keterangan iklan tersebut.

Sebilangan iklan lain mendakwa bahawa tanah kubur tersebut baru sahaja diambil dan masih ‘segar’.

“Tanah kubur laris diambil selepas dipesan,” ujar keterangan yang menulis harga sebanyak 1.3 juta rupiah (RM390).

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Tanahnya pasti diambil di tepi rumah sahaja. Kalau diambil dari kawasan perkuburan pasti akan dipukul penduduk,” kata seorang netizen.

“Ilmu hitam yang jelas membawa keburukan,” kata pengguna lain.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Meta Buang 8,000 Pekerja Bulan Depan

0
WASHINGTON  – Meta merancang mengurangkan kira-kira 10 peratus kakitangannya pada bulan depan selepas syarikat tersebut meningkatkan perbelanjaan pada projek kecerdasan buatan (AI), lapor Perbadanan...

CATEGORIES