Sunday, May 31, 2026
HomeVIRALLelaki Sanggup 'Transfer' RM1 Ke Kekasih Setiap Di 'Block'

Lelaki Sanggup ‘Transfer’ RM1 Ke Kekasih Setiap Di ‘Block’

PETALING JAYA – Kerana sayang, seorang lelaki sanggup ‘menggadai’ wangnya demi memujuk kekasih yang sedang merajuk dengan melalukan beberapa transaksi secara dalam talian.

Meskipun baki wang di dalam akaunnya kurang dari RM20, lelaki itu tekad mengirimkan RM1 sebanyak tujuh kali kepada teman wanitanya.

Menerusi perkongsian di laman X, Malaysia Most Viral, dapat dilihat juga dalam setiap transaksi lelaki tersebut, dia turut meninggalkan pesanan khas pada ruang rujukan agar wanita itu memaafkannya.

“Cara budak zaman sekarang pujuk awek (kekasih),” ciap pengendali akaun Malaysia Most Viral baru-baru ini.

Dalam pada itu, lebih menarik perhatian netizen adalah jumlah baki akhir dalam akaun lelaki tersebut yang hanya tinggal RM4.41 sahaja.

“Alahai bro, gigih kau pujuk kekasih. Baki akaun pun RM4 sahaja tinggal. Moga berbaik lah hubungan kekasih ini,” komen Azizudin.

“Baki semasa RM4.41. Moga dimurahkan rezeki ya dik,” kata Leo.

Bagaimanapun, kaedah memujuk yang dikongsikan pengguna tersebut ternyata dipuji oleh orang ramai dan ia dianggap kreatif.

“Kali pertama aku tengok orang pujuk kekasih dia guna mesej di transaksi bank. Kau memang kreatif. Tapi aku cadang kau bagi RM100, mungkin lagi cepat hati dia terpujuk,” seloroh Amri.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES