Wednesday, July 29, 2026
HomeVIRAL'Social Experiment' Malampau Untuk Naikkan 'Rating'

‘Social Experiment’ Malampau Untuk Naikkan ‘Rating’

Butterworth: Tindakan individu yang menyunting dan menerbitkan kandungan video eksperimen sosial memaparkan kegigihan seorang kanak-kanak lelaki berniaga dengan ditemani adik perempuannya di Taman Robina, di sini hingga meraih simpati netizen disifatkan propaganda murahan untuk menaikkan ‘rating’ dengan mudah.

Ia selepas video berdurasi dua minit lapan saat berkenaan yang tular di beberapa platform media sosial didapati mengelirukan dan menyebabkan pelbagai pihak serta agensi termasuk pemimpin setempat dikecam gara-gara kandungan yang disunting itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar Azmi Alang, berkata beliau membuat semakan selepas menyedari video berkenaan tular di aplikasi TikTok dan mendapati kandungan itu telah disunting oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Saya jadi pelik kerana setiap minggu menjadi rutin saya membuat tinjauan untuk bertemu peniaga dekat situ (Taman Robina) dan mengenali pemilik gerai yang dimaksudkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jualan Tiket Konsert Mangu Di Kuala Lumpur Hampir ‘Sold Out’

0
PETALING JAYA – Rockstage Entertainment mengeluarkan panggilan terakhir kepada peminat muzik tanah air dan serantau untuk mendapatkan tiket Konsert Mangu di Kuala Lumpur berikutan...

CATEGORIES