Saturday, September 12, 2026
HomeHIBURANRaja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau 'Pergi Buat Selamanya'

Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau ‘Pergi Buat Selamanya’

PETALING JAYA – Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak, sebentar tadi.

Menantunya, Hassan Ahmad, mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa bapa mertuanya itu sememangnya sudah lama menderita dengan pelbagai komplikasi penyakit.

Katanya, kesihatan bapa mertuanya itu sangat tidak stabil sejak dimasukkan di pusat kesihatan berkenaan sejak 12 Disember lalu.

“Beliau ada banyak komplikasi penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Baru-baru ini. beliau dimasukkan ke hospital dan keadaan kesihatan terus merosot sejak itu.

“Sejak tiga hari lalu, keadaannya makin teruk dan mula meracau. Kondisi kencing manis yang dihidapi pula semakin merebak dan kronik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut Hassan lagi, doktor sepatutnya mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki namun tidak dapat dilakukan kerana tekanan darahnya yang tidak begitu stabil.

“Sepatutnya hari ini (isnin) nak potong kedua-dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.

“Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama,” ujarnya lagi.

Berdasarkan laporan Kosmo, jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, esok.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kereta Elektrik Menanti Atlet Karate Jika Tuai Emas Di Sukan Asia

0
GANJARAN lumayan berupa kenderaan elektrik (EV) bernilai lebih RM60,000 bakal menanti atlet karate negara sekiranya mereka berjaya menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan Asia...

CATEGORIES