Thursday, November 19, 2026
HomeHIBURANDiana Danielle Lebih Berhati-Hati Sebelum Berkongsi Hantaran Di Media Sosial

Diana Danielle Lebih Berhati-Hati Sebelum Berkongsi Hantaran Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Pengalaman lalu membuatkan pelakon Diana Danielle lebih berhati-hati sebelum berkongsi hantaran di media sosial, terutama ketika berdepan isu yang mengundang emosi dan ketidakpuasan hati.

Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson mengakui pernah menggunakan media sosial sebagai ruang meluahkan perasaan, namun, kini lebih memahami kepentingan mengawal diri daripada memberikan reaksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

Tambahnya, platform Threads antara medium yang sering digunakan pengguna untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, sekaligus menjadikan budaya meluahkan perasaan secara terbuka semakin biasa dalam kalangan masyarakat.

“Saya kadang-kadang sampai tidak boleh ‘catch up’ (mengikuti) dengan isu di Threads. Saya perasan, Threads jadi tempat individu meluahkan segala yang tidak puas hati.

“Tetapi saya kadang-kadang pun terjebak juga. Hendak salahkan orang lain pun tidak boleh sebab perkara ini adalah budaya orang kita,” katanya.

Justeru, bintang filem Magika itu berpendapat pengguna media sosial perlu lebih bijak mengawal perkongsian selain tidak menjadikan platform berkenaan sebagai ruang untuk meluahkan setiap perkara yang dirasai.

Mengakui sudah belajar daripada kesilapan lalu, Diana kini memilih untuk tidak lagi memberikan respons terhadap semua perkara yang dibangkitkan di media sosial.

“Mungkin kita semua boleh berubah untuk menjadi orang yang lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di media sosial.

“Saya sudah belajar daripada kesilapan lalu. Kalau dahulu saya respons juga. Kita tidak boleh meluahkan setiap perasaan kita di media sosial,” ujarnya.

Bagaimanapun, ibu kepada dua anak itu berpendapat orang ramai tidak seharusnya takut untuk menyuarakan pendapat, sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang dikongsi.

Menurutnya, sebarang dakwaan perlu disertakan dokumen atau bukti kukuh serta disalurkan menerusi medium betul bagi mengelak timbulnya masalah lain.

“Pada saya, tidak salah sekiranya mahu bersuara di media sosial. Tetapi setiap perkara yang kita suarakan itu pastikan datang dengan dokumen daripada laporan polis atau mahkamah.

“Kita kena bijak dan pastikan bukti semua ada serta pergi ke saluran yang sepatutnya. Kena ada kesabaran untuk mendapatkan keadilan. Memang tidak mudah untuk buat, tetapi itulah cara terbaik,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Diana muncul menerusi telefilem Like & Latte yang ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman digital (OTT), UTV.

Telefilem berkenaan turut menampilkan Shahz Jaszle, Nadia Brian, Razzuan Rosli, Amanda Tan, Rahim Jailani dan Shania Hendrik.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Isu Gangguan Seksual, Kumpul Fakta Dan Segera Buat Laporan Polis –...

0
KUALA LUMPUR – Isu gangguan seksual dalam industri seni perlu ditangani secara serius dan tidak wajar disembunyikan demi menjaga nama baik mana-mana pihak. Pengerusi Perbadanan...

CATEGORIES