Tuesday, November 10, 2026
HomeHIBURANNoh Salleh Hargai Pengorbanan Aina Abdul, Anggap Kolaborasi Buka Rezeki Baharu

Noh Salleh Hargai Pengorbanan Aina Abdul, Anggap Kolaborasi Buka Rezeki Baharu

PETALING JAYA – Noh Salleh mengakui kolaborasi bersama Aina Abdul menerusi lagu Sang Penikam 2026 membuka lembaran rezeki baharu dalam kerjaya seninya.

Penghargaan itu dizahirkan vokalis kumpulan Hujan berkenaan ketika menjayakan konsert Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra di Idea Live Arena, di sini, malam tadi.

Noh, 41, menyifatkan kolaborasi itu sebagai antara titik penting yang merancakkan kembali perjalanan seninya, sekali gus membuka peluang baharu dalam industri hiburan.

Noh berkata, dia amat menghargai pengorbanan dan sokongan Aina yang banyak membantu perjalanan muziknya sejak mereka mula mengenali antara satu sama lain.

“Awak tahu saya bukan artis arus perdana dan dipandang hina oleh netizen. Saya telah kembali ke pasaran netizen selepas menyanyikan lagu Sang Penikam 2026 bersama awak.

“Pintu rezeki itu pada Tuhan, tetapi kami merasakan selepas Sang Penikam 2026, perjalanan kami semakin rancak sampailah saya menjadi juri pertandingan Borneo Rising,” katanya selepas berduet dengan Aina menerusi lagu Kotak Hati.

Menurut Noh, Aina antara anak seni yang sentiasa memberikan sokongan, malah sanggup berkorban demi memastikan perjalanan muziknya terus berkembang.

“Saya hendak ambil kesempatan ini untuk berterima kasih setinggi-tingginya kepada Aina kerana dari awal kita kenal, awak sudah tunjukkan sisi terbaik diri anda.

“Sebagai seorang adik, pemuzik dan manusia, awak sudah berkorban bermacam-macam demi saya dan perjalanan muzik Noh Salleh.

“Saya tak tahu apa lagi yang tidak cukup yang saya dapat daripada Aina. Jadi, saya hendak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Aina,” katanya.

Noh turut mendedahkan, Aina sebenarnya mempunyai komitmen lebih besar, namun tetap meluangkan masa untuk menjayakan konsert berkenaan.

“Hari ini dia tidak sepatutnya berada di Malaysia kerana perlu berjuang membawa nama negara di Eurovision Song Contest Asia 2026. Tapi saya tahan, kerana konsert ini tidak akan ada indahnya tanpa Aina,” katanya.

Pada konsert itu, Noh dan Aina bergandingan menyampaikan lagu Kotak Hati sebelum meneruskan persembahan menerusi Sang Penikam 2026, rakaman versi baharu lagu berkenaan yang mencuri perhatian sejak dilancarkan beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Aina menzahirkan penghargaan kepada Noh, selain berkongsi rasa kagum terhadap bakat pemuzik berkenaan.

Penyanyi itu menyifatkan peluang berkolaborasi menerusi Sang Penikam 2026 sebagai pengalaman bermakna, apatah lagi dia sememangnya meminati karya Noh.

“Kalau kita hendak berterima kasih kepada orang, ia tidak ada hari tertentu. Saya sangat berterima kasih sebab Noh ini penulis lagu, komposer dan penerbit muzik yang sangat berbakat.

“Saya sangat suka dengan karya beliau dan tak sangka kita dapat berkolaborasi menerusi lagu Sang Penikam 2026.

“Saya hanya meminati karya beliau, tetapi kalau tuan badan tidak beri ‘lampu hijau’ atau tidak memikirkan idea bernas ini, saya juga tidak akan berani hendak mencuba,” katanya.

Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra dianjurkan bersama Altus Prohouse dan CK Star Entertainment, menampilkan karya ikonik Noh dalam susunan muzik orkestra di bawah pimpinan komposer dan pengarah muzik, Aubrey Suwito.

Sebanyak 20 lagu dipersembahkan, termasuk Angin Kencang, Rahsia Tuhan, Bunga Di Telinga, Renjana, Bila Aku Sudah Tiada, Pagi Yang Gelap dan Aku Skandal.

Karya berkenaan diberikan nafas baharu menerusi susunan orkestra tanpa menghilangkan identiti asal yang menjadikannya dekat di hati peminat.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Laman Web Bank Rakyat Alami Gangguan

0
  KUALA LUMPUR: Portal korporat Bank Rakyat dilaporkan mengalami gangguan capaian buat sementara waktu. Bank Rakyat menerusi pemakluman di laman Facebook rasminya, menasihati pelanggan agar menggunakan...

CATEGORIES