Thursday, November 5, 2026
HomeBERITAHantaran Tular Wanita Maut Renjatan Elektrik Di Kerusi Urut Adalah Palsu

Hantaran Tular Wanita Maut Renjatan Elektrik Di Kerusi Urut Adalah Palsu

KAJANG – Hantaran tular yang mendakwa seorang remaja perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan kerusi urut di sebuah pusat beli-belah disahkan sebagai palsu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata siasatan yang dijalankan mendapati tiada kejadian seperti didakwa berlaku.

“Kami turut menerima satu laporan berkaitan dakwaan palsu itu jam 7.50 malam tadi (semalam) berkaitan satu pautan di laman sosial Facebook yang memaparkan hantaran terbabit.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Trisha Ooi Tak Mahu Terbeban Dengan Sasaran Kemenangan Selepas Raih Pengiktirafan

0
KUALA LUMPUR – Kemenangan Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 bukan sekadar pengiktirafan buat pelakon Trisha Ooi, sebaliknya hadir bersama tanggungjawab...

CATEGORIES