Thursday, November 5, 2026
HomeHIBURANYusuf Bahrin Mahu Teroka Watak Berbeza, Tidak Lagi Kerap Bawa Drama Cinta

Yusuf Bahrin Mahu Teroka Watak Berbeza, Tidak Lagi Kerap Bawa Drama Cinta

Pelakon, Yusuf Bahrin berharap agar dirinya tidak lagi terlalu kerap diberikan watak dalam drama percintaan kerana mahu meneroka karakter yang lebih mencabar, khususnya menerusi genre thriller.

Menerusi siri thriller psikologi terbaharu, Bayangan Dendam, Yusuf membawakan watak Inspektor Daniel yang memerlukan pendekatan berbeza ketika menjalankan siasatan terhadap setiap suspek.

Menurut Yusuf, antara cabaran utama membawa watak tersebut adalah menyesuaikan cara komunikasi mengikut karakter individu yang disiasat, termasuk Ariana lakonan Erysha Emyra, Bujang (Lan Siro) dan Farhan (Nadhir Nasar).

Jelasnya, setiap sesi soal siasat memerlukan pendekatan tersendiri, terutama dalam menggunakan psikologi untuk mendapatkan maklumat tanpa menimbulkan ketakutan melampau kepada suspek.

Yusuf turut berkongsi bahawa beliau membuat rujukan menerusi beberapa karya luar bagi memahami cara pegawai penyiasat berkomunikasi dan mengendalikan suspek.

Proses mendalami watak itu juga membuatkan pelakon berusia 34 tahun berkenaan lebih menghargai kepakaran anggota polis sebenar, khususnya dalam aspek psikologi, bahasa badan dan kawalan suara ketika menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, Yusuf mengakui lebih berminat untuk menerima naskhah bergenre thriller berbanding drama percintaan kerana genre tersebut memberinya peluang untuk menguji kemampuan lakonan serta meneroka pelbagai karakter.

Katanya, beliau sudah banyak membawakan watak dalam drama romantik dan komedi romantik, justeru mahu mencuba sesuatu yang berbeza dalam perjalanan karier lakonannya.

Selain Yusuf Bahrin, Bayangan Dendam turut menampilkan barisan pelakon seperti Nadhir Nasar, Sophia Albarakbah, Erysha Emyra dan Mia Nasir.

Drama bersiri sebanyak 12 episod itu mengangkat kisah persahabatan, pengkhianatan serta kematian mengejut yang membabitkan Ariana dan Farhan. Siri berkenaan ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada setiap Khamis dan Jumaat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bank Perancis Jadi Mangsa Serangan Siber Babitkan Penipuan RM455 Juta

0
PARIS: Bank serantau Perancis, Credit Mutuel Arkea pada Rabu berkata bahawa pihaknya menjadi mangsa serangan siber yang membolehkan transaksi penipuan bernilai kira-kira 100 juta...

CATEGORIES