Friday, October 30, 2026
HomeHIBURANLisa Surihani Kembali Ke Layar Lebar Selepas 12 Tahun

Lisa Surihani Kembali Ke Layar Lebar Selepas 12 Tahun

KUALA LUMPUR – Selepas 12 tahun menyepi daripada dunia perfileman, pelakon Datin Lisa Surihani akhirnya kembali ke layar lebar menerusi filem Boh, sekali gus menandakan lembaran baharu dalam perjalanan seninya.

Malah, peluang bekerjasama dengan barisan pelakon dan kru produksi turut memberikan pengalaman menggembirakan, terutama apabila melihat setiap individu mencurahkan sepenuh komitmen dan bakat untuk menjayakan naskhah berkenaan.

Berkongsi keterujaan kembali ke layar lebar, Lisa berkata, dia gembira dapat dipertemukan semula dengan rakan seperjuangan seperti Beto Kusyairy, Syafiq Kyle dan pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar.

Filem Boh turut membuka ruang buatnya bekerjasama buat kali pertama dengan Fabian Loo, Marzuki Noh dan Christy Emily.

“Bekerja dengan anda semua adalah sesuatu yang menyeronokkan. Suasana di set seimbang antara profesionalisme dan tenaga kekeluargaan yang erat.

“Melihat semua orang mencurahkan minat dan bakat setiap hari adalah sesuatu yang sangat memberikan inspirasi,” katanya.

Hantaran Lisa itu turut mendapat perhatian Beto yang menyatakan penghargaan kepada pelakon berkenaan kerana bersetuju membintangi filem berkenaan.

Lisa dan Beto sebelum ini pernah bergandingan menerusi filem Istanbul Aku Datang, yang menyaksikan keserasian mereka sebagai pasangan pelakon mendapat perhatian penonton dan terus diingati hingga kini.

Sumber – Berita Harian

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hyperact Beri Lampu Hijau, Cari Vokalis Ganti – Firman Bansir

0
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hyperact, Firman Bansir, memaklumkan anggota kumpulan itu memberi lampu hijau kepadanya untuk menyertai Gegar Vaganza musim ke-13 yang bermula 8...

CATEGORIES