Thursday, October 29, 2026
HomeBERITAAsas AI Diperkenal Di Sekolah Rendah Mulai 2027 - Fadhlina Sidek

Asas AI Diperkenal Di Sekolah Rendah Mulai 2027 – Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan asas kecerdasan buatan (AI) dalam mata pelajaran Teknologi Digital di sekolah rendah menerusi Kurikulum Persekolahan 2027.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata di peringkat sekolah menengah, ia akan diperkukuh dalam mata pelajaran berkaitan.

Katanya, pengenalan asas AI dalam mata pelajaran teknologi digital bertujuan mengajar murid untuk menyemak fakta, mempersoalkan jawapan yang meragukan dan menggunakan pertimbangan sewajarnya.

“Panduan literasi AI KPM sudah berkuat kuasa sejak 8 Mei lalu. Panduan itu menekankan penggunaan AI secara kritis, selamat dan beretika.

“Ia juga menekankan tanggungjawab termasuk ibu bapa, pentadbir, guru, malah anak-anak dan komuniti bagi memastikan bahawa AI ini dari segi penggunaannya, digunakan dengan selamat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta LPM menyatakan perancangan mengintegrasikan literasi AI dalam silibus sekolah.

Kepada soalan tambahan mengenai jumlah dan peratusan guru yang sudah menerima latihan literasi AI setakat 2026, Fadhlina berkata, 329,414 guru sudah menerima latihan AI sebelum penggunaan diperluaskan ke semua sekolah.

Katanya, pendedahan kepada latihan AI akan dilaksanakan secara berterusan sehingga selesai kepada semua guru.

“KPM mendapat sokongan penuh daripada pelbagai platform untuk memastikan bahawa guru di negara ini benar-benar dilatih,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Bukan Semua Orang Suka Kita’ – Nadhir Nasar Tak Kisah Dikecam...

0
KUALA LUMPUR – “Saya tak kisah langsung.” Demikian komen pelakon Nadhir Nasar apabila ada yang mendakwa penampilannya kelihatan ‘masam’ dan nampak seolah-olah seperti tidak mandi. Nadhir...

CATEGORIES