Tuesday, October 27, 2026
HomeHIBURAN‘Tutuplah Dua Jam’ – Nasihat Pekerja Jangan Tinggal Solat Jumaat

‘Tutuplah Dua Jam’ – Nasihat Pekerja Jangan Tinggal Solat Jumaat

CYBERJAYA – Pelakon Adam Corrie amat mementingkan kebajikan pekerja terutamanya urusan pembayaran gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali gus menggesa tanggungjawab itu dilaksanakan dengan telus oleh mana-mana majikan.

Adam, 57, menegaskan hubungan antara majikan dan pekerja bukan sekadar soal arahan dan kerja, sebaliknya menuntut nilai empati serta ketelusan yang tinggi.

“Perkara paling penting adalah memastikan kebajikan pekerja terjaga dan semua urusan berkaitan gaji serta potongan KWSP dilakukan dengan betul.

“Saya sudah memaklumkan kepada pekerja bahawa jika terdapat potongan, mereka perlu diberikan penjelasan dan mengetahui ke mana wang tersebut disalurkan. Majikan perlu menguruskan perkara ini dengan telus.

“Saya memerlukan mereka dan mereka (pekerja) juga memerlukan saya. Jadi, hubungan antara majikan dengan pekerja bukan sekadar saya menjadi bos dan semua orang perlu mengikut arahan saya.

“Setiap hari Isnin kami mengadakan mesyuarat untuk mendengar masalah mereka. Kalau ada perkara yang tidak betul, kami akan cuba memperbaikinya,” katanya pada sidang media pengumuman cawangan pertama Kopihut yang menerima sijil halal di Cyberjaya, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon filem KL Gangster itu turut memastikan pekerja tidak meninggalkan kewajiban solat Jumaat sudah diletakkan sebagai keutamaan sejak sebelum perniagaannya bermula.

“Zakat ini memang niat pertama saya sebelum saya buka kedai. Saya beritahu rakan bisnes saya, kena bagi staf solat terutamanya hari Jumaat.

“Kena pergi juga walau macam mana sekali pun, kalau tiada orang tutuplah dua jam.

“Dua jam itulah keberkatan saya. Kalau dia tak pergi solat saya lah kena tanggung dosanya,” jelasnya.

Tambahnya, pendekatan tersebut diambil memandangkan dia pernah merasai perasaan sebagai pekerja yang sukar mencari rezeki.

“Sebelum saya ada kedai pun saya seorang pekerja. Saya pun perlukan majikan untuk menjaga saya.

“Bila dah jadi bos, saya nak pastikan staf saya terjaga sebab yang datang temu duga bukan orang senang.

“Jadi saya anggap saya diri mereka. Mereka pun kerja siang dan malam, memang penat jadi saya tak nak mereka rasa kecewa,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Monsun Timur Laut Bermula, Kawasan Barat Semenanjung Berisiko Bencana

0
KUALA LUMPUR – Kawasan rendah di pantai barat Semenanjung berisiko berdepan bencana susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula hari ini, justeru penduduk diminta...

CATEGORIES