Wednesday, October 21, 2026
HomeHIBURAN'Doa Saya Sepakat, Kalau Que Orangnya, Maka Dialah' – Fazura

‘Doa Saya Sepakat, Kalau Que Orangnya, Maka Dialah’ – Fazura

KUALA LUMPUR – Tidak lagi berselindung, pelakon terkenal, Nur Fazura mengakui Que Haidar ialah lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, dia dan aktor itu sudah lama kenal sejak 20 tahun lalu, namun baru kini hubungan mereka rapat sejak sama-sama terlibat sebagai duta sebuah jenama pakaian tahun ini.

“Ya, boleh dikatakan Que ialah lelaki yang paling rapat dengan saya ketika ini. Kami pun dah bersahabat lama — lebih 20 tahun.

“Jadi kami pun dah tahu perangai masing-masing luar dalam. Bila jumpa balik di Jakel, kami kembali rapat,” katanya ketika ditemui pada majlis resepsi Bella Astillah & Syed Saddiq, di sini, semalam.

Mengulas lanjut tentang foto kedua-dua keluarga mereka tular dalam media sosial, kata Fazura, pertemuan itu sekadar merapatkan silaturahim.

“Apa salahnya keluarga saya dan keluarga Que bertemu untuk mengeratkan silaturahim sebagai umat Islam,” jelasnya sambil menguntum senyum di bibir.

Baru-baru ini juga Fazura dan Que dilihat saling membalas komen mesra yang memancing perhatian ramai. Fazura meninggalkan komen ‘mine’ pada video Que. Que pula meninggalkan komen ‘baby’ padanya.

Namun kata pelakon filem Pisau Cukur itu, komen-komen itu hanyalah sebagai gurauan di antara dua orang pelakon.

Bagaimanapun, Fazura tidak berani untuk bercakap soal jodoh kerana percaya apa sahaja boleh berlaku pada masa hadapan.

“Saya dan Que sudah sepakat, doa kami adalah jodoh yang Allah redai. Nak cakap pasal jodoh, kami tak berani nak sebut.

“Tetapi terima kasih kepada yang mendoakan kami. Doa saya, jika dia ialah orangnya, maka dialah. Kalau orang lain, orang lainlah. Kita doakan yang baik-baik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah filem di bawah arahan Syafiq Yusof membawakan watak utama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Zaki Yamani Cari Duit Sendiri Sejak Usia 13 Tahun

0
SHAH ALAM – Penyanyi Zaki Yamani tidak terkesan dengan komen segelintir netizen yang mempersoalkan kemampuan kewangannya, sebaliknya menegaskan bahawa dia sudah mencari wang sendiri...

CATEGORIES