Saturday, October 17, 2026
HomeBERITAPertandingan Inovasi Akuaponik 3.0 Perkasa Pelajar Melalui Teknologi IoT

Pertandingan Inovasi Akuaponik 3.0 Perkasa Pelajar Melalui Teknologi IoT

KUALA LUMPUR – Pertandingan Inovasi Akuaponik Kebangsaan 3.0 (PIA 3.0) anjuran Aquaria KLCC dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melabuhkan tirainya selepas menghimpunkan lebih 120 pelajar dan guru dari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Johor.

Berlangsung dari April hingga September 2026, pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan sistem akuaponik inovatif yang menggabungkan pertanian mampan dengan teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT).

PIA 3.0 turut memperkenalkan kategori baharu, iaitu Kategori Individu, yang membolehkan peserta membentangkan idea dan prototaip inovasi pertanian akuaponik dalaman (Indoor Aquaponic Farming Innovation) melalui platform digital DELIMa.

Bagi menyokong pelaksanaan pertandingan, sebanyak RM15,000 diperuntukkan untuk penyediaan peralatan dan modul IoT. Kemudahan ini membantu peserta merealisasikan idea melalui projek praktikal, selain membangunkan kemahiran teknikal, kerja berpasukan dan keusahawanan.

Majlis penutup menyaksikan peserta mempamerkan hasil projek menerusi pembentangan poster dan prototaip. Pameran tersebut mengetengahkan kreativiti pelajar serta penggunaan praktikal teknologi akuaponik dan IoT.

Pengerusi Eksekutif Aquawalk Sdn. Bhd., Dato’ Simon Foong berkata, PIA 3.0 memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan teknologi dalam menangani cabaran dunia sebenar, di samping memupuk minat untuk menjadi usahawan masa hadapan dalam bidang akuakultur dan pertanian.

Menurut beliau, pembelajaran tidak seharusnya terhad di dalam bilik darjah, sebaliknya perlu memberikan pengalaman praktikal yang dapat membantu pelajar mengembangkan kemahiran dan potensi mereka.

Para peserta yang memenangi Pertandingan Inovasi Akuaponik bagi kategori individu

Selain pertandingan, PIA 3.0 turut bertujuan melahirkan generasi baharu usahawan pertanian berasaskan teknologi (tech agripreneurs) dan usahawan akuakultur (aquapreneurs). Peserta berpeluang mempelajari keseluruhan proses pelaksanaan projek, daripada peringkat perancangan hingga pelaksanaan di tapak.

Peserta yang memenangi Pertandingan Inovasi Akuaponik bagi ketegori berkumpulan

Bagi Kategori Sekolah, lima finalis yang mara ke peringkat akhir ialah SMK Putrajaya Presint 16 (1), SMK (FELDA) Kahang Timur, SMJK Yoke Bin, SMK Skudai dan SMK Bukit Pasir.

Melalui PIA 3.0, Aquaria KLCC dan KPM komited untuk terus menyediakan platform kepada generasi muda Malaysia bagi mengaplikasikan inovasi dalam situasi dunia sebenar serta memupuk bakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Sayunya Hati’ – Nora Danish Diajak Bermadu

0
PETALING JAYA – Aktres Nora Danish mencuri perhatian apabila berkongsi mesej peribadi (DM) daripada seorang wanita yang menawarkannya menjadi isteri kedua, sekali gus madunya. Terkejut...

CATEGORIES