Tuesday, October 13, 2026
HomeHIBURANMuzik Satukan Semua, Jangan Ada Perpecahan Antara Kita – Nidji

Muzik Satukan Semua, Jangan Ada Perpecahan Antara Kita – Nidji

KUALA LUMPUR – “Jangan terlalu fokus dengan perbalahan. Indonesia dan Malaysia negara jiran, bersahabat dan bersaudara.”

Demikian respons vokalis kumpulan Nidji, Ubay Yusuf mengenai perbalahan hangat antara rakyat dua negara serumpun itu yang bermula selepas perlawanan bola sepak baru-baru ini.

Sebagai penggiat seni, Ubay atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Nur Ubay, 30, berharap muzik dapat menyatukan kembali kedua-dua rakyat yang diibaratkan sebagai saudara.

“Jangan sampai ada perbezaan ataupun mahu memecahbelahkan dan memisahkan kita. Harapan kami muzik boleh menyatukan semua.

“Semoga kita boleh bersatu melalui sesuatu yang kita boleh menikmati bersama.

“Janganlah ada perpecahan atau perbezaan. Cara kita menyatukan semua jadi satu dari segi muzik,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media NU Fest 2027, hari ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Hapus Aku itu berharap pemuzik dapat membantu menenangkan ketegangan yang tercetus dalam media sosial sebelum ini.

“Jadi jangan sampai kita fokus ke situ saja, cuba kita tengok hal lain yang baik.

“Kita sebagai pemuzik, bagaimana cara kita menyatukan banyak perbezaan di antara kita.

“Banyak sekarang terjadi sama ada perpecahan atau perbezaan pendapat, kita cuba jadi kekuatan seperti menenangkan antara dua rumpun,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ubay menggesa peminat kedua-dua negara agar menghentikan budaya berperang mulut demi menjaga keharmonian serantau.

“Harapannya untuk peminat, buanglah sifat perbalahan kita jauh-jauh.

“Kita datang kita bawa cinta, kerbersamaan dan bawa cerita baru untuk boleh kita kenang memori indah untuk seterusnya,” katanya lagi.

Sebelum ini, netizen Malaysia dan Indonesia berbalah berhubung keputusan perlawanan, isu pemain naturalisasi serta kejayaan atau kegagalan pasukan masing-masing dalam kejohanan serantau seperti FIFA ASEAN Cup 2026.

Malah kemarahan rakyat Malaysia hakikatnya tercetus selepas ada dalam kalangan netizen Indonesia menyunting dan menyebarkan gambar Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah yang tidak sepatutnya selain menghina raja.

Dalam perkembangan lain, Nidji bakal tampil dalam NU Fest 2027 bersama-sama beberapa kumpulan lain seperti Masdo, The Chingcuters, Dukes, Lokarya, The Beretta’s, Saja dan Monosterio pada 30 Januari tahun hadapan.

Festival anjuran COMs. Creative Studio dengan kerjasama AKE Seni tersebut bakal diadakan di Stadium Merdeka. – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Zii Jia Mohon Mahkamah Halang Bapa, Kakak Urus Kewangan

0
KUALA LUMPUR -Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia, mengambil tindakan undang-undang dengan memohon injunksi interim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang bapa...

CATEGORIES