Thursday, October 8, 2026
HomeBERITAGunung Berapi Paling Aktif Di Dunia, Kenali Lokasi Dan Aktiviti Vulkaniknya

Gunung Berapi Paling Aktif Di Dunia, Kenali Lokasi Dan Aktiviti Vulkaniknya

GUNUNG berapi ialah fenomena semula jadi yang bukan sahaja menakjubkan malah turut berpotensi membawa bahaya yang besar. Kebanyakan gunung berapi aktif tertumpu di kawasan Lingkaran Api Pasifik iaitu zon yang mempunyai aktiviti tektonik yang sangat tinggi. Di seluruh dunia, terdapat ratusan gunung berapi aktif, namun hanya sebahagian daripadanya dikategorikan sebagai paling aktif kerana kekerapan letusan dan aktiviti vulkanik berterusan.

1. Kīlauea (Hawaii, Amerika Syarikat)

Ia merupakan antara gunung berapi paling aktif dan terletak di Pulau Hawaii. Sejak 1983, gunung ini mengalami letusan secara berterusan dan menghasilkan aliran lava. Letusan pada 2018 sangat terkenal kerana memusnahkan ratusan rumah. Laharnya bersifat basaltik (lebih cair), menyebabkan ia mampu mengalir lebih jauh, namun kurang berintensiti tinggi.

2. Etna (Sicily, Itali)

Gunung berapi terbesar dan paling aktif di Eropah. Aktiviti Etna direkodkan sejak lebih 2,700 tahun lalu. Letusannya kerap berlaku dalam bentuk semburan lava, abu dan gas. Walaupun letusannya kuat, penduduk masih tinggal berhampiran kerana tanah di sekitarnya sangat subur untuk aktiviti pertanian.

3. SAKURAJIMA (Japan)

Sakurajima merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di Jepun dan terletak berhampiran bandar Kagoshima. Gunung ini kerap menghasilkan letusan kecil hingga sederhana yang boleh menyebabkan abu gunung berapi tersebar ke kawasan sekitar.

4. Merapi (Indonesia)

Digelar sebagai gunung berapi paling berbahaya di dunia kerana lokasinya berhampiran kawasan berpopulasi padat seperti Yogyakarta. Ia kerap menghasilkan aliran piroklastik (awan panas) berisiko tinggi. Letusan kuat pada 2010 menyebabkan ratusan kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hakim Danish Mahu Bangkit, Sasar Prestasi Lebih Kompetitif Di Mandalika

0
KUALA LUMPUR - Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mahu membuka lembaran baharu pada Grand Prix (GP) Indonesia hujung minggu ini selepas melalui perlumbaan...

CATEGORIES