Tuesday, October 6, 2026
HomeBERITAWujud CCTV Di Sekolah, Tetapi Tiada Di Lokasi Kejadian

Wujud CCTV Di Sekolah, Tetapi Tiada Di Lokasi Kejadian

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengesahkan terdapat pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, susulan kematian pelajar perempuan tingkatan empat yang ditemukan maut di premis berkenaan.

Beliau berkata, bagaimanapun CCTV itu tidak dipasang di lokasi kejadian jenayah berlaku ketika mayat mangsa ditemukan di dalam dewan sekolah tersebut, petang Sabtu lalu.

“Sekolah itu ada CCTV, cuma CCTV itu tidak dipasang di tempat kejadian jenayah berlaku. Jadi kita sedang tambah baik, kita ambil tindakan terus.

“Sebab itu saya kata, mana-mana sekolah yang telah mempunyai CCTV, dan CCTV tidak berfungsi atau rosak, sila maklumkan kepada kita untuk sama-sama tambah baik dan ambil tindakan terhadap fungsi CCTV itu agar ia berfungsi untuk merakam dan merekodkan kejadian-kejadian di sekolah,” katanya semasa sidang akhbar di Pusat Media Parlimen, hari ini.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Changi Kekal No. 1, Ini 5 Lapangan Terbang Terbaik Dunia

0
Bagi yang gemar melancong, lapangan terbang bukan sekadar tempat untuk berlepas dan mendarat, malah pengalaman di dalamnya turut menjadi sebahagian daripada perjalanan. Terbaharu, Skytrax World...

CATEGORIES