Wednesday, September 23, 2026
HomeBERITAMeta Sekat Lebih 3.7 Juta Akaun ‘Scammer’

Meta Sekat Lebih 3.7 Juta Akaun ‘Scammer’

SINGAPURA – Syarikat gergasi media sosial, Meta telah menyekat lebih daripada 3.7 juta akaun, halaman, dan kandungan lain yang berkaitan dengan penipuan (scam)  tahun ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh polis Singapura, kata syarikat itu.

Syarikat itu menyatakan bahawa Pasukan Polis Singapura (SPF) telah membantu penyiasat Meta ‘mengenal pasti dan memusnahkan keseluruhan ekosistem penipu’ menerusi kerjasama perkongsian maklumat yang telah dijalankan sejak dua tahun lalu.

Antara bulan Januari dan Jun, Meta telah mengalih keluar lebih daripada 113,000 entiti dan halaman yang berkaitan dengan penipuan di Facebook dan Instagram, kata eksekutif syarikat semasa sesi taklimat media.

Pada bulan Jun, Meta menyatakan bahawa ia telah menyekat lebih daripada 33,600 entiti dan halaman yang dikaitkan dengan penipu yang cuba mengambil kesempatan daripada cuti sekolah yang bakal tiba, di mana keluarga berpusu-pusu melayari laman web pelancongan untuk mencari tawaran menarik.

Manakala pada bulan Julai, Meta mengambil tindakan terhadap lebih daripada 3.6 juta entiti dan halaman.

Sebahagian besar daripadanya merupakan ‘halaman kosong’, iaitu halaman yang tidak mempunyai kandungan dan tidak aktif digunakan, tetapi masih boleh diperolehi oleh penipu untuk aktiviti mereka pada masa hadapan.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tiket Konsert BigBang Licin Dalam 25 Minit, Penganjur Pertimbang Tambah Hari

0
KUALA LUMPUR - Tiket konsert kumpulan K-pop terkenal, BigBang yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) habis terjual dalam tempoh hanya 25...

CATEGORIES