Wednesday, September 23, 2026
HomeHIBURANAmy Search Buat Pemeriksaan Jantung, Masih Sihat Dan Boleh ‘Rocking’

Amy Search Buat Pemeriksaan Jantung, Masih Sihat Dan Boleh ‘Rocking’

KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah, Amy sihat dan dia cakap dirinya muda 15 tahun dari umur.”

Demikian kata isteri vokalis legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, 68, iaitu Datin Norhasniza Hassan atau Nourish ketika diminta mengulas keadaan kesihatan suaminya.

Menurut Nourish, suaminya, Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman hanya menjalani rutin prosedur untuk memeriksa keadaan jantungnya.

“Jangan risau, Amy sihat dan ‘tip top’. Kami hanya buat prosedur pemeriksaan jantung. Dia berada dalam keadaan baik dan masih boleh ‘rocking’, di pentas.

“Pemeriksaan kesihatan biasa cuma kali ini kami nak tengok untuk masuk buat angiogram,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, kata Nourish, doktor juga memberitahu darah Amy juga bagus untuk lelaki pada usianya.

“Hasil pemeriksaan, Amy juga tiada masalah darah tinggi mahupun kolesterol.

“Sebenarnya, ada banyak doktor yang menjaga kesihatan Amy. Memang setiap tahun Amy akan buat pemeriksaan kesihatan dan setiap enam bulan akan ambil darah,” katanya.

Terdahulu, menerusi hantaran di laman Facebook (FB) Amy berkongsi rutin pemeriksaan kesihatan di hospital sekali gus mendapat perhatian ramai.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Di Korea Selatan Lagi Teruk Kalau ‘Idol’ Mereka Berisi Sikit’ –...

0
KUALA LUMPUR – Budaya mengejek tubuh badan kian meruncing, penyanyi Sarah Suhairi berpendapat isu tersebut tidak sepatutnya menjadi bahan kritikan umum selain berharap masyarakat...

CATEGORIES