Monday, November 9, 2026
HomeBERITAAmaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Hingga Malam Ini

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Hingga Malam Ini

PETALING JAYA – Sebanyak lapan negeri berdepan amaran ribut petir susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda petang ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu hantaran berkata, amaran itu melibatkan beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah hingga 9 malam nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai) manakala di Terengganu di Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

“Bagi negeri Pahang, amaran ribut petir melibatkan daerah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir juga dikenakan di daerah Hulu Langat di Selangor.

“Amaran juga dikeluarkan di Negeri Sembilan iaitu melibatkan daerah Jelebu, manakala di Johor amaran diberikan di Mersing.

“Di Sarawak pula ribut petir dijangka melanda Serian dan di Sabah, cuaca buruk diramal berlaku di Pedalaman, Tawau (Kalabakan, Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Labuk & Sugut, Sandakan, Telupid dan Tongod), Pantai Barat,” katanya.

Katanya, amaran itu juga dikeluarkan melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES