Tuesday, September 8, 2026
HomeHIBURANPuteri Sarah Terkandas Di Jakarta Bimbang Penerbangan Batal Lagi

Puteri Sarah Terkandas Di Jakarta Bimbang Penerbangan Batal Lagi

KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah Liyana masih terkandas di Jakarta susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK), manakala jadual penerbangannya untuk pulang ke Malaysia masih belum dapat dipastikan.

Puteri Sarah, 41, berkata penerbangannya yang dijadualkan semalam terpaksa ditangguhkan dan kini sedang menunggu jadual penerbangan baharu.

“Ya, saya masih di sini. Saya dapat tahu ada rakan saya juga di sini dan semalam saya ada hubungi dia.

“Saya dimaklumkan penerbangan dijadualkan esok, tapi takut dibatalkan lagi,” katanya

Puteri Sarah yang berada di Jakarta bagi meluangkan masa bersama dua anaknya dan ibu bagaimanapun bersyukur mereka sudah terlebih dahulu pulang ke Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

“Alhamdulillah, mereka balik awal dan sudah selamat sampai,” katanya.

Pelakon itu pada masa sama memaklumkan keadaannya ketika ini baik dan masih menunggu perkembangan terkini berkaitan penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

“Alhamdulillah, saya okey di sini,” katanya.

Semalam, Puteri Sarah antara beberapa artis yang memaklumkan mereka terkandas di Jakarta susulan penutupan sementara lapangan terbang berkenaan.

Penutupan itu susulan keadaan ruang udara yang terjejas akibat abu gunung berapi daripada Gunung Anak Krakatau yang meletus.

Menerusi hantaran di Threads, Puteri Sarah sebelum ini turut meminta maklumat daripada pengikutnya mengenai keadaan lapangan terbang serta keselamatan untuk kembali ke Malaysia.

“Okay, baru dapat tahu pasal berita ini. Saya dekat Jakarta sekarang. Selamat ke nak balik Malaysia ni? Airport tutup ke? Ada siapa-siapa tahu?” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih RM280 Juta Tanam Semula Sawit Antara Cadangan Belanjawaan 2027

0
PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti cadangan peruntukan RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 dalam Belanjawan 2027 sebagai usaha memperkukuh...

CATEGORIES