Thursday, September 3, 2026
HomeHIBURANZizi Kirana Harap Yasin Sulaiman Kembali Berkarya

Zizi Kirana Harap Yasin Sulaiman Kembali Berkarya

KUALA LUMPUR – Penyanyi Zizi Kirana, 41, meluahkan rasa syukur selepas menerima berita bahawa penyanyi dan komposer , Yasin Sulaiman, 51, akhirnya dibenarkan keluar dari Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak selepas lebih tiga tahun menjalani rawatan.

Lebih bermakna buat Zizi, kepulangan Yasin hadir ketika mereka baru sahaja melancarkan lagu Yang Tinggal yang turut menampilkan penyanyi rap, Malique.

Zizi berkata, perkembangan terbaharu itu pastinya menggembirakan ramai peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula Yasin bersama karya muziknya.

“Masya-Allah, tabarakallah, alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira mendapat berita Abang Yasin sudah keluar.

“Kita pun sudah lama tidak melihat kemunculan beliau dengan karya-karya beliau. Jadi, saya percaya berita ini menggembirakan ramai orang yang menyayangi dan menghargai Abang Yasin,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Mengulas mengenai Yang Tinggal, Zizi berharap karya berkenaan dapat menjadi antara langkah kecil buat Yasin untuk kembali berkarya dan berkongsi sesuatu dengan peminat seperti sebelum ini.

“Bagi saya, lebih bermakna apabila kami baru sahaja melancarkan lagu Yang Tinggal bersama Abang Yasin dan Abang Malique.

“Jadi, saya sangat berharap karya ini menjadi salah satu langkah kecil untuk Abang Yasin kembali berkarya dan berkongsi sesuatu dengan peminat seperti dulu. Insya-Allah.

“Saya mendoakan semoga Allah terus memberikan kekuatan, kesihatan dan ketenangan kepada Abang Yasin. Kita doakan yang baik-baik buat beliau.

“Tolong seru juga supaya Abang Yasin dapat ‘perform’ lagu Yang Tinggal,” katanya dengan teruja.

Terdahulu, abang kepada Yasin, Zain Sulaiman, mengesahkan adiknya dibenarkan keluar dari Hospital Bahagia hari ini, sekali gus mengakhiri tempoh rawatan selama tiga tahun empat bulan di institusi berkenaan.

Kepulangan penyanyi berusia 51 tahun itu disambut penuh kesyukuran oleh ahli keluarga terdekat.

Zain berkata, pihak keluarga dihubungi pengurusan hospital sejak minggu lalu bagi memaklumkan keputusan membenarkan Yasin keluar mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Berhenti Tayang Drama Menormalisasi Hubungan Songsang’

0
PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Ustaz Wadi Annuar menyeru penggiat seni dan pihak penerbitan agar segera menghentikan penghasilan serta penayangan drama yang cuba menormalisasikan...

CATEGORIES