Friday, August 14, 2026
HomeLUAR NEGARADua Kapal Minyak UAE Diserang Di Selat Hormuz

Dua Kapal Minyak UAE Diserang Di Selat Hormuz

ABU DHABI – Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) mengesahkan dua kapalnya diserang ketika melalui Selat Hormuz semalam, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).Insiden itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan keadaan berjaya dikawal.

Dalam satu kenyataan, ADNOC menekankan kepentingan melindungi keselamatan serta kesejahteraan pelaut, di samping memelihara kebebasan pelayaran dan keselamatan maritim.

Syarikat itu turut menggesa orang ramai mendapatkan maklumat hanya daripada sumber rasmi serta mengelak daripada menyebarkan khabar angin atau maklumat yang belum disahkan.

Sementara itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengecam sekeras-kerasnya serangan berkenaan, lapor WAM.

Kementerian Luar UAE dalam satu kenyataan menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2817 yang menegaskan kepentingan kebebasan pelayaran serta menolak serangan terhadap kapal komersial atau tindakan menghalang laluan maritim antarabangsa.

Kementerian itu menegaskan bahawa tindakan menyasarkan kapal komersial dan menggunakan Selat Hormuz sebagai alat tekanan ekonomi atau ugutan merupakan perbuatan lanun oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, selain menjadi ancaman langsung terhadap kestabilan rantau itu dan keselamatan tenaga global.

Sumber – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tren Pecut 800 Kilometer Sejam Dalam 5 Saat

0
BEIJING – Sebuah kereta api laju yang sedang diuji di China memecahkan rekod dunianya sendiri apabila bergerak dari sifar  ke kelajuan 800 kilometer (km)...

CATEGORIES