Tuesday, August 11, 2026
HomeHIBURANHati-Hati Ubah Lagu Etnik, Saya Dengan Pak Ngah Dulu Disuruh Cari Lagi...

Hati-Hati Ubah Lagu Etnik, Saya Dengan Pak Ngah Dulu Disuruh Cari Lagi ‘Air Etnik’ Sampai Jadi – Noraniza Idris

PETALING JAYA: Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, menasihati penyanyi yang menyanyikan lagu irama Malaysia untuk lebih berhati-hati dan tidak sembarangan melakukan perubahan lenggok dalam nyanyian lagu etnik.

Noraniza atau Nor Aniza Haji Idris, 58, berkata, kesilapan memilih lenggok boleh merosakkan identiti asal lagu tradisional berkenaan.

“Kenapa skil improvisasi lenggok nyanyian itu jadi minang? Lenggok nyanyian kita dalam muzik etnik kena dekat dengan instrumen etnik kaum itu baru sampai jiwa sebenar.

“Berhati-hati bila buat improvisasi lagu etnik, takut salah masuk rumah nanti jadi ‘perang saudara’. Bagus, bukanlah saya kata tak bagus, ia percubaan yang sangat baik,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Noraniza berkongsi perkara berkenaan bagi mengulas persembahan peserta program Big Stage yang mendendangkan lagu Irama Malaysia dalam pusingan pertama iaitu Anolog To Ultra, semalam.

Penyanyi lagu Hati Kama itu bagaimanapun tetap memuji kualiti vokal yang dimiliki oleh bakat-bakat muda ini.

Namun, pengalaman belajar bersama maestro muzik tersohor, Allahyarham Pak Ngah, mengajar dirinya untuk sentiasa berdisiplin dan terbuka menerima teguran membina.

“Saya masa belajar dulu dengan Pak Ngah tidak ada panduan cikgu macam sekarang, tidak ada langsung dapat pujian. Kalau salah memang terus kata salah, disuruh balik ubah dan cari lagi ‘air’ etnik sampai jadi.

“Mungkin cara saya ini suka ditegur dgn cara begitu berbanding cara berlapik yang kadang-kadang boleh melekakan. Ini memang cara saya beri sokongan,” katanya.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Sampai Liang Lahad Saya Bangga Ada Darah Malaysia, Indonesia’ – Aisha...

0
SHAH ALAM – “Saya faham risiko mempunyai darah campuran. Saya ambil yang jernih dan buang yang keruh.” Demikian komen penyanyi Aisha Retno apabila dikecam menggunakan...

CATEGORIES