Saturday, July 18, 2026
HomeSUKANPerlawanan Influencer Malaysia (PIM) 2026 Satukan Hampir 40 Pempengaruh Sempena Hari Malaysia

Perlawanan Influencer Malaysia (PIM) 2026 Satukan Hampir 40 Pempengaruh Sempena Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2026 – Hampir 40 pempengaruh digital dari seluruh Malaysia bakal berhimpun dalam sebuah acara sukan dan hiburan terbesar sempena sambutan Hari Malaysia menerusi BUMIHAYAT Perlawanan Influencer Malaysia (PIM) 2026, yang akan berlangsung pada 15 September 2026, bermula 8.00 malam hingga 11.00 malam di Stadium Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Perlawanan ini dianjurkan oleh Nakhoda Action Lab dengan matlamat menggabungkan dunia sukan, hiburan dan ekonomi kreatif dalam satu platform yang meraikan perpaduan rakyat Malaysia. Orang ramai dijemput hadir secara percuma bagi menyaksikan aksi pempengaruh, legenda bola sepak dan selebriti tempatan dalam suasana penuh patriotik menjelang Hari Malaysia.

Pengarah Eksekutif Nakhoda Action Lab, Sayf Ismail, berkata PIM 2026 merupakan inisiatif pertama yang menghimpunkan industri sukan dan hiburan dalam satu acara berskala besar bersempena Hari Malaysia.

“Bola sepak merupakan sukan nombor satu negara dan menjadi sukan rakyat yang dekat di hati masyarakat Malaysia. Tidak kira bangsa, agama mahupun latar belakang, bola sepak sentiasa mempunyai keupayaan menyatukan masyarakat.

Bertepatan dengan tema sambutan hari Malaysia 2026, Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati, Nakhoda Action Lab memperkenalkan Perlawanan Influencer Malaysia 2026 sebagai sebuah platform yang menggabungkan dunia sukan dan industri hiburan. Kami mahu Hari Malaysia diraikan dengan cara yang lebih dekat dengan generasi muda melalui sukan, kandungan digital dan pengaruh positif para pencipta kandungan. Kami percaya sukan mampu menjadi medium membina perpaduan, memupuk semangat patriotisme serta menghubungkan komuniti dengan industri kreatif negara.”

Tambah beliau ”Penganjuran PIM 2026 turut membuka peluang kepada syarikat korporat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agensi serta jenama untuk berkolaborasi dengan komuniti pencipta kandungan melalui sebuah platform yang memberi impak kepada masyarakat.”

Sementara itu, Pengarah Projek PIM 2026, Suzana Sukaimi, berkata acara tersebut bukan sekadar sebuah perlawanan bola sepak, malah menjadi platform jaringan profesional (networking), pembangunan ekonomi industri influencer serta pengukuhan hubungan antara pencipta kandungan (content creator), jenama dan masyarakat dalam satu ekosistem yang positif.

“PIM 2026 bakal menghimpunkan barisan pempengaruh dari seluruh negara sebagai simbol perpaduan dan kolaborasi dalam industri kreatif. Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Muhammad Imran atau CEO.FIFA (TikTok handle) yang mengetuai pembangunan kandungan sebagai Content Producer Lead PIM 2026 bersama barisan pempengaruh yang terlibat.

Acara seperti ini juga membuka peluang kepada para pempengaruh untuk membina jaringan profesional, menjalinkan kerjasama dengan jenama dan agensi, serta memperluaskan potensi kerjaya mereka.

Pempengaruh hari ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh jenama tempatan dan antarabangsa. Melalui PIM 2026, kami berharap platform ini dapat menghubungkan komuniti, mencipta peluang baharu dan memberi impak positif kepada industri kreatif serta masyarakat.”

Nakhoda Action Lab bakal menggabungkan hampir 40 pempengaruh untuk berhimpun di padang penuh bersejerah pada Hari Malaysia nanti. Kombinasi pengikut dijangka mencapai hampir 20 juta pengikut merentasi TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube, sekali gus memberikan nilai tambah yang tinggi kepada penaja dan rakan strategik.

Antara pempengaruh yang bakal memeriahkan PIM 2026 ialah:

  • CEO.FIFA (
  • Erul Samah (102K Pengikut Instagram)
  • Taufiq Hanafi (211K Pengikut Instagram)
  • Aiman Sekaichii (89,600 Pengikut Instagram)
  • Adrian Edy (1.6 Juta Pengikut TikTok)

(Senarai penuh hampir 40 pempengaruh akan diumumkan secara berperingkat.)

Selain para pempengaruh, PIM 2026 turut dijangka disertai beberapa legenda bola sepak negara, para selebriti dan wakil-wakil tetamu jemputan khas dari pelbagai organisasi termasuklah swasta dan kerajaan, yang akan diumumkan sebelum hari perlawanan.

BUMIHAYAT tampil sebagai Penaja Utama PIM 2026, manakala Durioo+ menyokong acara ini sebagai Rakan Strategik, bersama beberapa rakan penaja lain yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Nakhoda Lab Action juga turut bekerjasama dengan N97, Ampang sebagai penaja rasmi lokasi Sidang Media pada hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Syukur Kepada Allah SWT’ – Kamal Adli Hos Terbaharu Melodi

0
PETALING JAYA – Pelakon Kamal Adli diumumkan sebagai hos baharu program Melodi sekali gus menggantikan tempat Fikry Ibrahim yang mengundurkan diri baru-baru ini. Kamal atau...

CATEGORIES