Wednesday, July 15, 2026
HomeHIBURANAJL: ‘Kembalikan Kategori Termasuk Etnik Kreatif, Itu Idea Bagus’

AJL: ‘Kembalikan Kategori Termasuk Etnik Kreatif, Itu Idea Bagus’

KUALA LUMPUR – Komposer dan penyanyi Ajai menyambut baik sekiranya Anugerah Juara Lagu (AJL) mengembalikan tiga kategori utama iaitu pop rock, balada dan etnik kreatif yang pernah dipertandingkan di pentas pertandingan berprestij tersebut sebelum dimansuhkan pada tahun 2009.

Menurut Ajai, pembahagian lagu mengikut kategori adalah tindakan yang bagus kerana orang ramai boleh memahami dan belajar mengenai jenis genre muzik yang dipertandingkan.

“Kalau ada yang mahu nak kembalikan tiga kategori tersebut, saya rasa itu idea yang bagus. Tanpa sedar, kita mendidik masyarakat mengenai erti sebenar muzik termasuk pop dan etnik kreatif.

“Penting sebenarnya agar orang ramai tidak keliru untuk membezakan setiap genre. Jika dikembalikan, memang sangat bagus.

“Sepanjang lapan kali saya menang di AJL dulu, semuanya mengikut pembahagian kategori pop itu, sama ada pop rock atau pop balada,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Ajai memberitahu, tiga kategori tersebut mampu menjulang semula pengkarya seni dalam kategori yang kurang diberikan perhatian seprrti etnik kreatif.

“Bila ada kategori sebegitu, kita akan tahu siapa raja atau ratu untuk genre etnik, balada dan rock.

“Secara asasnya, tiga kategori tersebut memang paling popular di Malaysia sebelum ini, jadi kalau nak dikembalikan pun tiada masalah,” katanya lagi.

Dia juga menegaskan tidak akan berlaku kekeliruan dalam meletakkan sesebuah genre dalam tiga kategori tersebut meski ketika ini wujud lambakan jenis muzik.

“Kita ambil contoh world music — merangkumi pelbagai konsep muzik yang secara khususnya bukan berasal dari Malaysia.

“Jadi, muzik yang ada elemen seperti hip hop atau reggae, semuanya boleh dimasukkan di bawah kategori etnik kreatif.

“Kadang-kadang orang keliru, mereka ingat world music ini wajib ada bunyi gendang, sebenarnya tidak begitu pun.

“Selagi lagu tersebut mempunyai elemen etnik luar dan bukan identiti muzik Malaysia seperti reggae, samba, atau jazz, semuanya dikira sebagai world music yang dimasukkkan dalam kategori etnik,” jelasnya.

Terdahulu, tiga kategori iaitu balada, pop rock dan etnik kreatif dimansuhkan yang kali terakhir dipertandingkan ialah pada AJL23 (2008).

Format pertandingan berasingan mengikut genre ini dimansuhkan susulan kekurangan penyertaan bagi lagu-lagu irama tradisional atau etnik kreatif.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Minyak Malaysia Lebih Murah Daripada Arab Saudi, Qatar – PM

0
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga petrol di Malaysia ketika ini masih lebih rendah berbanding negara pengeluar minyak utama...

CATEGORIES