Wednesday, June 24, 2026
HomeHIBURAN‘Biar Orang Nak Kata Apa’ – Fatiya Latiff Tolak ‘Buat’ Semula Muka

‘Biar Orang Nak Kata Apa’ – Fatiya Latiff Tolak ‘Buat’ Semula Muka

PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff enggan tunduk dengan desakan segelintir netizen yang menyarankannya menjalani rawatan kecantikan di Korea Selatan, sebaliknya menegaskan bersyukur dengan rupa paras dimiliki.

Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata dia tidak berhasrat melakukan sebarang prosedur bagi mengubah penampilan wajahnya meskipun menerima pelbagai pandangan.

“Saya dah bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya tak nak buat apa-apa dah kat muka saya. Biarlah orang nak kata apa pun,” katanya membalas komen seorang pengguna dalam Threads.

Terdahulu, seorang netizen mencadangkan agar pelakon terbabit menjalani rawatan pembentukan semula bentuk wajah di luar negara bagi meningkatkan keyakinan diri.

“Fatiya, kalau pergi Korea Selatan buat ‘fat grafting’ dan ‘contour’ muka dia semula, rasanya dah tak berdosa.

“Bukan ubah apa-apa, hanya untuk keyakinan diri. Kumpul duit atau pun pinjam duit mak ayah. Labur sedikit duit untuk anak,” tulis individu tersebut.

Bagaimanapun, pendirian Fatiya memilih menerima diri seadanya tanpa perlu mendapatkan rawatan estetik meraih sokongan ramai.

“Masya-Allah, betul tu. Sayangi diri sendiri. Kita cantik dan lawa di mata orang yang tepat dan tengok kita lawa dan cantik. Apa yang penting adalah kecantikan perangai dan adab kita,” tulis netizen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Siti Bakal Cipta Sejarah, Artis Malaysia Pertama Penuhkan SNBJ 3 Kali

0
PETALING JAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mencatat sejarah sebagai artis Malaysia pertama memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil (kini TM Stadium...

CATEGORIES