Tuesday, August 18, 2026
HomeHIBURAN‘Tak Kongkong Azeva Bercinta, Kalau Ada RM10 Juta Saya Terima’

‘Tak Kongkong Azeva Bercinta, Kalau Ada RM10 Juta Saya Terima’

SHAH ALAM – Penerbit dan pelakon Datuk A. Aida mengambil pendekatan terbuka menerima kenyataan ramai golongan lelaki mencuba nasib untuk berkenalan dan menjadikan anaknya yang juga pengacara Azeva sebagai teman istimewa.

A. Aida bagaimanapun menegaskan, perkara tersebut tidak akan dibenarkannya kerana mahu memastikan Azeva, 25, memberi tumpuan penuh terhadap kerjaya seni yang baharu dibina selepas menyertai program Talk To My Manager 2(TTMM2).

“Saya terima banyak mesej dalam media sosial termasuk artis yang panggil saya mama. Boleh dikatakan berderet-deretlah nak kenal dengan Azeva.

“Sebab itu saya buat kenyataan bahawa Azeva buat ketika ini elakkan bercinta sebab saya sedang mencipta namanya dan peluang kerja pula sedang banyak.

“Jadi, kenapa perlu saya sia-siakan semua itu. Tidak mungkinlah tengah mendunia ini, tiba-tiba nak kahwin? Hello! Kalau nak kahwin, hantaran RM10 juta saya terima dan boleh dipertimbangkan,” katanya.

Ditemui selepas konsert final Big Stage Rocketfuel, A. Aida menambah perkara tersebut bukan disebabkan mahu mengongkong kehidupan Azeva sebalinya mahu memastikan anak keduanya itu mendapat kehidupan yang sama diberikan ketika ini.

“Tidak kongkong pun tetapi sejak kecil saya menjaganya, mandikan dengan susu sehingga dapat secantik ini.

“Saya tidak kisah kalau nak cakap saya kongkong anak, asalkan memang saya sudah berhabis banyak sebelum ini sepanjang besarkannya.

“Bukan mudah untuk mendekati puteri saya tetapi sekurang-kurangnya orang itu boleh bagi dia lebih daripada apa yang saya beri.

“Sebagai contoh, kalau saya bagi dia jam tangan Rolex merah jambu, orang itu kena bagi jam yang lebih mahal daripada itu,” katanya lagi.

Dia juga berkali-kali berpesan kepada Azeva agar hanya berkawan sahaja dengan mana-mana lelaki ketika ini bagi memastikan kerjaya yang dibina tidka musnah begitu sahaja.

“Sepatutnya ketika ini dia perlu gunakan semua peluang yang ada kumpul harta.

“Bila harta dah banyak dan duit pun dah bersepah, kita boleh petik jari saja kalau mahu sesiapa.

“Kalau nak cari pasangan hidup, biarlah yang memahami dan boleh buat kita bahagia serta mampu sediakan apa sahaja,” kongsinya.

Dia juga berpegang pada prinsip bahawa duit adalah sangat penting dalam membina kehidupan dan tidak seharusnya bergantung kepada rasa cinta semata-mata.

“Sebab dunia sekarang ini, tak payahlah orang cakap cinta. Memang mula-mula cinta tetapi lama-lama derita.

“Hakikatnya, duit adalah segala-galanya,” ujarnya.

Sekadar info, Azeva merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik hasil perkongsian hidup A. Aida dengan penyanyi, Ameng yang bercerai sekitar tahun 2004.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bukan Sekadar Ziarah, Mindef Pastikan Bantuan Veteran ATM Sampai Sasaran

0
ALOR GAJAH - Kementerian Pertahanan (Mindef) terus memperkasakan Program Peduli Veteran MADANI (PVM) sebagai mekanisme mengenal pasti keperluan sebenar setiap warga veteran Angkatan Tentera...

CATEGORIES