Monday, June 8, 2026
HomeHIBURANAnak Dedah Aman Graseka Sakit Teruk, Masih Dipaksa Bekerja?

Anak Dedah Aman Graseka Sakit Teruk, Masih Dipaksa Bekerja?

PETALING JAYA – Anak kepada penyanyi Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah mendedahkan sudah bertahun-tahun tidak bertemu dengan bapanya iaitu pelakon Aman Graseka.

Bagaimanapun, Dayini sentiasa menerima maklumat mengenai perkembangan terkini bapanya yang kini berada dalam keadaan uzur.

“Ya memang betul, bertahun lama tak jumpa papa saya. Tapi alhamdulillah setiap tahun ada hamba Allah banyak menyampaikan info atau maklumat terkini.

“Dari situ saya tahu keadaan papa saya. Tapi makin lama makin teruk ya kejadiannya sekarang,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, Dayini mendakwa ada individu tertentu yang tidak didedahkan identitinya tergamak memaksa bapanya bekerja walaupun keadaan kesihatannya dilaporkan merosot.

“Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah papa saya dah sakit teruk tapi masih dipaksa bekerja?

“Tuan badan ingatlah Allah. Derhaka pada suami jatuhnya berdosa besar,” katanya lagi.

Sekadar info, Dayini merupakan anak hasil perkahwinan Mas Idayu bersama Aman sebelum mereka bercerai pada tahun 1997.

Aman kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nurul Amrina pada 2018 dan memiliki dua orang anak lelaki.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Piala Dunia: Kane Yakin Layak Masuk Kelompok Utama

0
LOS ANGELES – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane percaya dirinya layak berada dalam kelompok calon utama untuk memenangi anugerah Ballon d’Or selepas mengharungi musim...

CATEGORIES