Friday, June 5, 2026
HomeBERITAKalau Namanya Pinjaman, Bermakna Wajib Bayar – Asyraf Wajdi

Kalau Namanya Pinjaman, Bermakna Wajib Bayar – Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – “Maaf, ya! Ada yang pertikai Mara (Majlis Amanah Rakyat) bawa isu peminjam culas ke mahkamah. Kalau namanya pinjaman, bermakna wajib bayar”.

Itu tegas Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini apabila ada pihak mempertikaikan tindakan Mara membawa isu peminjam yang culas membuat bayaran balik, ke mahkamah.

Beliau berkata, Mara tidak akan berkompromi dengan peminjam yang sengaja culas kerana ia disifatkan sebagai wang milik rakyat.

“Memang sejak saya mengambil amanah selaku Pengerusi Mara, bab mengejar peminjam culas sampai ke peringkat mahkamah adalah antara keutamaan dalam memastikan setiap sen wang rakyat dikembalikan dan boleh dimanfaatkan semula untuk keperluan orang lain.

“Arahan Mara kepada pihak pengurusan amat jelas, jangan dilayani surat-surat mohon pengecualian hatta daripada pihak-pihak berpengaruh walau setinggi mana kedudukan mereka,” katanya.

Tambah beliau, ia bukan hak Mara untuk berkompromi atau memaafkan peminjam culas kerana setiap sen yang disalurkan sebagai pinjaman merupakan wang amanah rakyat.

“Sebab itulah antara program Transformasi Mara yang diperkenalkan termasuklah aspek transformasi disiplin kewangan Mara bagi memastikan wang rakyat tidak sewenangnya dipersiakan atau tiris akibat daripada kecelaruan dalam memahami amanah dan mandat rakyat,” tambahnya.

Terdahulu media melaporkan, Mahkamah Tinggi Sungai Petani menolak rayuan seorang wanita dan tiga penjaminnya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membayar balik pinjaman pendidikan Mara berjumlah RM857,000.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jumpa ‘ADUN Seni’ FT di Unifi Arena, Bukit Jalil, 3 Okt...

0
KUALA LUMPUR, 4 JUN 2026 - ‘Assalamualaikum’, berikut merupakan pengumuman penting dan sangat mustahak yang mahu disampaikan oleh Hitman Solutions dengan kolaborasi Faithful Music. Sesuatu...

CATEGORIES