Thursday, May 28, 2026
HomeHIBURANTiada Lagi Soalan ‘Trigger’ - Nabil Syukur Isteri Nampak Lebih Tenang...

Tiada Lagi Soalan ‘Trigger’ – Nabil Syukur Isteri Nampak Lebih Tenang Selepas 13 Tahun Bersama

Penyampai radio Era FM, Nabil Ahmad  meluahkan rasa syukur apabila melihat perubahan ketara isterinya, Nazirah Ayub atau Zira, selepas 13 tahun bersama.

Menurut Nabil, isterinya kini dilihat lebih tenang dan tidak lagi mudah berasa tidak selamat atau ‘insecure’ seperti sebelum ini.

“Ini yang aku tunggu 13 tahun. Alhamdulillah, akhirnya dia jadi juga. Bini aku, Zira, dia dah relaks, dia dah mula tenang. Apa aku buat, apa semua, dia dah tak insecure.

“Balik kerja, MeleTOP, dah tak ada soalan-soalan yang trigger. 13 tahun tunggu. Alhamdulillah, boleh cakap perubahan yang drastiklah. Dia dah tenang,” kongsinya.

Nabil berkongsi perkara itu ketika di segmen 3 Pagi Era bersama dua rakannya, Pak Azad dan Radin.

Bagaimanapun di sebalik perubahan positif itu, Nabil mengakui timbul rasa bimbang dalam dirinya sama ada ketenangan itu benar-benar tanda isterinya sudah ‘okey’ atau sebaliknya.

“Ke dia dah tak peduli? Aku risau juga sebenarnya. Macam ni sebenarnya dia dah okey ataupun dia dah tak peduli,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, pengacara program MeleTOP itu bernikah dengan isterinya pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Sumber – Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Mak Saya ‘Chinese Look’, Ada Ciri-Ciri Digambarkan Fazley’ – Cik B

0
SHAH ALAM – “Datuk Fazley, tolonglah. Saya okey saja Datuk kahwin dengan mama saya.” Demikian luahan spontan penyanyi dan pempengaruh Cik B yang merestui sekiranya...

CATEGORIES