Pelakon, Syatilla Melvin mengakui tidak akan berdiam diri apabila adiknya, Syida Melvin berdepan dengan masalah rumah tangga bersama suami, Syafiq Shaheen.
Menurut Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, kebiasaanya dia memilih untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga adik-beradik, namun situasi yang berlaku sekarang dilihat sangat serius baginya sebagai kakak.
“Saya memang tak lalu nak masuk campur hal rumah tangga adik-beradik, tapi bila melibatkan NPD kami kena turun padang gotong-royong. NPD bukan kes kaleng-kaleng,” tulisnya menerusi Threads.
Dalam perkongsian sama, Syatilla turut mendakwa mereka sekeluarga sudah lama menyimpan perkara tersebut dan hanya individu yang pernah berdepan situasi sama akan memahami kesannya.
“Benda ni dah lama kami simpan, yang pernah hadap je akan faham. Sampai bank pun boleh tunduk dengar cakap dia untuk sedut semua balik duit yang dah masuk personal akaun. Macam mana tu? Adakah ini normal wahai manusia-manusia sekalian,” luahnya lagi.

Pada masa sama, Syatilla turut menyatakan bahawa Syida juga mempunyai sokongan yang kuat daripada adik-beradiknya yang lain.

Terdahulu, Syida Melvin mendedahkan suaminya didakwa mempunyai tunggakan hutang melibatkan syarikat perniagaan mereka sehingga membuatkan dirinya berasa teraniaya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syida mendakwa pelbagai usaha telah dilakukan bagi meminta suaminya melunaskan hutang berkenaan, namun bayaran masih gagal diselesaikan sehingga kini.
Malah, Syida turut mendakwa suaminya tidak membuat bayaran rumah kelamin mereka yang dikatakan sudah tertunggak selama dua bulan.
Sumber: Threads Syatilla Melvin





