Friday, May 15, 2026
HomeHIBURAN'Saya Pernah Jadi Gelandangan, Makan Sisa Orang'

‘Saya Pernah Jadi Gelandangan, Makan Sisa Orang’

SHAH ALAM – Aktif menyebarkan aura positif di platform Threads, pelakon dan pelawak Saiful Apek mengakui setiap perkongsiannya adalah bertujuan membantu individu yang kini bergelut dengan pelbagai krisis kehidupan.

Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57, meluahkan kebimbangan apabila melihat kecenderungan segelintir individu yang menyatakan hasrat melakukan tindakan drastik akibat tekanan perasaan.

“Saya tengok banyak masalah-masalah kritikal, bunuh diri atau putus asa. Ada yang sampai kata nak lari daripada mak bapak dan nak terjun bangunan.

“Ada yang cakap mereka sudah penat. Saya cakap, kalau sudah penat sebenarnya bukan kau yang penat, jantung kau yang penat.

“Saya tak tahu, kadang-kadang mungkin terlalu berat benda itu. Tapi saya risau juga dengan kata-kata saya sebab ada masanya terlalu berat dan mengejutkan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Nasyid Friday di Ruang, Shah Alam, di sini, baru-baru ini.

Anggota kumpulan Senario itu tidak menyangka bait-bait perkongsian daripadanya mampu memberi impak yang sangat mendalam kepada netizen.

“Saya terkesan sangat di Threads bila kadang-kadang satu ayat saja saya bagi, memberi kesan kepada ramai orang.

“Malah, ada yang beritahu dulu hubungan dengan ibunya sangat renggang, tetapi selepas baca satu ayat saya, dia sudah berbaik dengan ibu sendiri.

“Kadang-kadang berkelopak air mata, sampai macam itu sekali rupanya. Jadi, sebab itu saya rasa ramai yang memerlukan senjata (kata-kata) ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, Apek berharap perkongsiannya menjadi tamparan buat mereka yang sedang jatuh supaya mengambil langkah kecil untuk bangkit memandangkan dia sendiri pernah melalui fasa paling gelap dalam hidup.

“Saya nak benda itu jadi satu tamparan supaya orang jelas dan mula ambil ‘baby step’ untuk bangkit balik. Anda kena ingat, Saiful Apek bukan jadi dalam satu hari.

“Tak ada orang tiba-tiba tengok saya terus berada di atas. Apa yang saya nampak dekat mereka adalah diri saya satu ketika dulu.

“Saya pernah jadi gelandangan, makan sisa orang, dihina, diherdik dan difitnah. Semua itu saya sudah lalui, jadi sekarang orang nampak hasilnya macam mana,” kongsinya.

Sejak kebelakangan ini, Apek dilihat sangat konsisten menggunakan Threads sebagai medium utama untuk berkomunikasi secara dekat dengan peminat

Malah, dia turut menjadi ‘kaunselor’ dalam Threads menerusi pesanan-pesanan membina kepada netizen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Perdana Menteri Sempurnakan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan

0
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di d’Tempat...

CATEGORIES