Thursday, April 23, 2026
HomeBERITABantuan Haji Pahang Ditambah Tahun Depan

Bantuan Haji Pahang Ditambah Tahun Depan

SHAH ALAM – Kerajaan Pahang mahu menambah peruntukan bantuan kepada bakal jemaah haji negeri itu menerusi Inisiatif Makmur Barakah Haji Pahang (Perantau) tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu susulan sambutan menggalakkan terhadap pelaksanaan inisiatif berkenaan tahun ini.

Jelas beliau, bantuan sebanyak RM500 bermula 2023 itu dinaikkan kepada RM750 selain diperluaskan kepada anak Pahang yang menetap di luar negeri itu.

“Insya-Allah jika kerajaan negeri mempunyai keupayaan kewangan, kita akan tambah lagi peruntukan dan jumlah penerima pada masa akan datang.

“Tahun ini julung kali kita libatkan anak perantauan dan tidak mahu mereka keciciran menerima bantuan itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan itu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Pada program itu, seramai 144 jemaah haji anak Pahang di perantauan menerima sumbangan RM750 setiap seorang sebagai persediaan ke Tanah Suci.

Wan Rosdy berkata, implikasi kewangan bagi keseluruhan program bantuan haji negeri itu dianggarkan mencecah RM3.2 juta melibatkan lebih 1,700 jemaah.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan semua jemaah memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk Lembaga Tabung Haji (TH).

“Kerajaan negeri sentiasa mendapatkan pandangan daripada Kementerian Luar Negeri bagi memastikan aspek keselamatan jemaah terjamin.

“Kita patuhi nasihat yang diberikan termasuk daripada Menteri Luar sebelum membuat sebarang keputusan,” tambahnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tuntut RM100,000, Syarat Datuk Red Batalkan Rujuk

0
RAWANG – Penyanyi Adira Suhaimi terkilan kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan bekas suami, Datuk Red pada Disember tahun lalu masih belum berakhir. Menurut Adira,...

CATEGORIES