Thursday, April 23, 2026
HomeHIBURAN‘Saya Bukan Tersungkur, Hanya Tergelincir Ketika Live’ - Norish Karman

‘Saya Bukan Tersungkur, Hanya Tergelincir Ketika Live’ – Norish Karman

PETALING JAYA – Pelakon Norish Karman menafikan dakwaan kononnya hidupnya kini ibarat tersungkur, sebaliknya menegaskan segala kontroversi berlaku hanyalah salah faham dan putar belit pihak tidak bertanggungjawab.

Ujar Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, 51, situasi dilalui bukan kejatuhan, sebaliknya sekadar ‘tergelincir’ akibat keputusan kurang tepat ketika mengendalikan sesi siaran langsung bersama usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri.

“Pembetulan, saya tidak tersungkur. Hanya tergelincir kerana tersilap membuat siaran langsung sehingga membiarkan dikawal pihak lain.

“Dalam situasi itu, sebagai hos, saya terpaksa akur. Itu bukan salah dia sepenuhnya, tetapi kesilapan kami juga,” katanya dalam Facebook.

Tambah pelakon drama Takdir Cinta Terlarang itu, kontroversi tersebut tiada kaitan dengan kehidupan peribadi termasuk kisah perkahwinannya yang sudah lama berakhir.

“Tiada kaitan dengan perkahwinan. Saya sudah lebih 14 tahun bercerai.

“Apa berlaku sekarang hanyalah fitnah daripada individu tidak bertanggungjawab, seolah-olah dahagakan dosa dengan membuka aib orang lain,” ujarnya.

Ibu lapan anak itu turut meluahkan kekesalan terhadap segelintir pihak terus menyebarkan cerita tidak benar demi meraih perhatian.

“Jika ada pengajaran, jangan sesekali membina persepsi tanpa mengetahui kebenaran.

“Apa kami lakukan adalah bekerja sebagai hos siaran langsung, bukan meminta-minta. Itu sumber rezeki halal melalui usaha sendiri.

“Segala perancangan dibuat mengikut aturan kerja. Bukan untuk meraih simpati seperti didakwa sesetengah pihak,” jelasnya.

Dia juga turut meminta agar gambarnya tidak lagi digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan sensasi.

“Tidak perlu guna gambar saya semata-mata untuk tarik perhatian pembaca.

“Berdirilah atas platform sendiri tanpa menumpang nama orang lain,” tegasnya.

Pada masa sama, ibu kepada beberapa orang anak itu menegaskan dirinya sekeluarga tidak terkesan dengan kecaman, malah menganggap segala ujian sebagai ketentuan Ilahi.

“Kami sekeluarga tidak terjejas langsung dengan kata-kata hina.

“Kami faham dunia kini penuh fitnah. Apa berlaku adalah aturan Allah dan saya memilih untuk sabar serta terus istiqamah,” luahnya.

Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Busseroa Abd Jalil memuat naik hantaran meminta orang ramai menjadikan kisah Norish sebagai iktibar, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kehidupannya.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi pelbagai pihak, termasuk nasihat supaya orang ramai lebih berhati-hati dalam mengurus kewangan serta kehidupan agar tidak terjebak dalam situasi sama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tuntut RM100,000, Syarat Datuk Red Batalkan Rujuk

0
RAWANG – Penyanyi Adira Suhaimi terkilan kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan bekas suami, Datuk Red pada Disember tahun lalu masih belum berakhir. Menurut Adira,...

CATEGORIES