Monday, April 20, 2026
HomeBERITAIndustri Penerbitan Negara Meningkat, Agenda Negara Membaca 2030 Diperkasa

Industri Penerbitan Negara Meningkat, Agenda Negara Membaca 2030 Diperkasa

PUTRAJAYA, 20 April – Industri buku negara terus menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan apabila jumlah pendaftaran International Standard Book Number (ISBN) dan International Standard Serial Number (ISSN) kekal tinggi, mencerminkan ekosistem penerbitan yang aktif dan dinamik.

Bagi tahun 2025, sebanyak 23,485 ISBN dan 304 ISSN telah direkodkan, manakala pada tahun 2024 pula mencatatkan 24,017 ISBN dan 245 ISSN.

Angka ini menjadi bukti jelas bahawa industri buku negara semakin rancak, dengan penerbitan bahan ilmiah dan bacaan umum terus berkembang seiring dengan permintaan masyarakat.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara berkata perkembangan positif ini bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan industri penerbitan, malah memperkukuhkan usaha kerajaan dalam memperkasakan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat berilmu, vberdaya fikir dan berbudaya ilmu menjelang matlamat Malaysia sebagai Negara Membaca 2030.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), sebagai Pusat Kebangsaan ISBN dan ISSN, terus memainkan peranan strategik dalam menyokong industri ini melalui penyediaan perkhidmatan piawaian antarabangsa yang memudahkan penerbitan, pengedaran serta pengiktirafan bahan terbitan di peringkat global.

Kementerian Perpaduan Negara komited untuk terus memperkukuh kerjasama dengan semua pihak termasuk penerbit, penulis, institusi pendidikan dan komuniti dalam memastikan budaya membaca terus subur dan menjadi asas kepada pembinaan masyarakat MADANI yang berilmu, inklusif dan berdaya saing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dia Kena Beri Lebih Daripada Apa Saya Ada’ – Daiyan Trisha

0
PETALING JAYA – “Tiada orang bagi tekanan termasuk ibu bapa saya. Saya sangat okey, kalau ada (jodoh) okeylah.” Demikian respons pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha...

CATEGORIES