Wednesday, April 22, 2026
HomeBERITADua Rentung, Kereta Honda Civic FD Terbakar Di Plaza Tol Jitra

Dua Rentung, Kereta Honda Civic FD Terbakar Di Plaza Tol Jitra

JITRA – Dua mangsa ditemukan dalam keadaan rentung selepas kereta yang mereka naiki terbalik dan terbakar dalam kemalangan di Plaza Tol Jitra, di sini awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.05 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Jitra tiba di lokasi tidak lama kemudian dengan dibantu lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta dipercayai jenis Honda Civic FD terbakar dengan api marak.

“Api berjaya dikawal pada pukul 1.23 pagi sebelum kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kemusnahan kereta dianggarkan sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan menemui dua mangsa dalam keadaan rentung di dalam kereta berkenaan.

“Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Siapa Nak Berlagak Diva? Air Muka Saya Memang Keras’ – Chacha...

0
KUALA LUMPUR – Dituduh berlagak diva, pelakon Chacha Maembong mengakui pernah dicop sombong hanya disebabkan raut wajahnya yang tampak garang apabila keletihan. Chacha atau Siti...

CATEGORIES